Pages

Wednesday 26 January 2011

ESOK 9 ZULHIJAH...


by Abu Zarr on Monday, 15 November 2010 at 21:39
 
 
Assalamualaikum,


Sedikit Tazkirah untuk renungan bersama :


Rasulullah bersabda bermaksud: “Haji itu adalah wukuf di Arafah." Dengan kata lain bahawa puncak daripada ibadat haji itu adalah melaksanakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah.

Baginda bersabda lagi bermaksud: "Sebaik-baik doa adalah di Arafah." Pada saat berwukuf itulah dikatakan bahawa Allah membangga-banggakan hamba-Nya yang sedang berwukuf kepada penghuni langit iaitu malaikat.

Muslimin yang tidak menunaikan haji, mereka masih dapat memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat.

Rasulullah bersabda: "Tiada hari yang lebih disukai Allah melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pada Zulhijah.”

Bertanya sahabat: "Tidak juga jihad fi sabilillah yang Allah lebih sukai?" Jawab Baginda: "Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali seseorang berjihad sabilillah dengan harta dan nyawanya sehingga dia tidak kembali lagi (mati syahid)."

Lantaran besarnya keutamaan hari Arafah itu, maka berpuasa sunat pada hari Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar. Hal itu sesuai dengan sabda Nabi: "Orang yang berpuasa pada hari Arafah (Zulhijah), Allah akan menulis baginya puasa enam puluh tahun dan Allah menuliskan baginya sebagai orang yang taat."

Rasulullah juga bersabda: “Berpuasa pada hari Arafah (dapat) menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan menghapuskan dosa setahun yang akan datang."


Semoga kita dapat merenung keadaan diri kita dan mengambil pedoman dari apa yang dikongsikan.

wassalam.<span> </span>Assalamualaikum,
· · Share

No comments:

Post a Comment