Pages

There was an error in this gadget

Wednesday, 19 October 2011

Alahai tudung..


Alahai tudung..

by Wak Dol on Monday, 27 December 2010 at 22:17
Salam kasih sayang buat sahabat tercinta. Umpama rusa di dalam almari. Begitulah tamsilan tentang apa yang berlaku pada segelintir muslimah masa kini terutama yang tidak suka memakan roti canai. Sekalipun mereka malu untuk memakai jam dinding di kaki, namun mereka tetap tidak malu mendedahkan aurat di khalayak ramai. Entah fesyen apa yang diperagakan oleh mereka sekarang.

Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa seterika yang tidak ditutup suisnya boleh menyebabkan kebakaran walau tidak meningkatkan kesesakan lalu lintas.Tidak salah menggunakan sampan tanpa pendayung sekiranya kita menaiki bot laju selaju 40 batu nautika sejam. Namun, sepatutnya para muslimah ingat pesan seekor sang kancil betina: "Aurat perempuan seluruh tubuh kecuali muka dan tangan. Pakaian pula tidak menampakkan bentuk tubuh dan tidak terlalu ketat, melainkan jika anda ingin membungkus karipap, perlu ketat-ketat, biar fit, agar tidak menjejaskan industri Proton di ambang 2005 nanti." Walaupun sang kancil itu sendiri tidak memakai pakaian, namun sekurang-kurangnya dia tidak minum sambil berlari.Yang ana peliknya, sehingga pernah tercekik ketika makan pulut, ialah sewaktu di sekolah, mereka boleh memakai tudung dan memakai stokin. Menutup seluruh tubuh, kecuali dua muka dan tangan, tapi setelah pulang dari sekolah, mereka tidak dapat menutup aurat dengan tudung saji sehingga dihinggapi lalat. Tidak pernahkah terlintas di fikiran mereka bahawa cheewing gum yang dibuang merata-rata tempat itu amat susah dibuang bila terpijak oleh kasut.

Senaman muka senaman muka jugak, tapi ingat la pada tapak kasut orang lain yang terpijak tu nanti. Susah nak buang wuuu!Di sebalik tabir penerbitan filem pula, ada satu lagi adegan yang tidak wajar dilakukan tapi sering mendapat tempat pertama carta Era. aNa selalu saja fikirkan, mengapakah muslimah mudi ini suka sangat menyinsing lengan baju sewaktu keluar dari sekolah? Adakah kerana suhu panas di Malaysia ini membuatkan mereka lebih suka kepanasan api neraka yang membakar lengan mereka yang terdedah itu di akhirat nanti? Adakah kerana tidak pernah menaiki kereta lembu, lengan baju mesti dilipat? Pelik sungguh perangai ini. Adakah kerana bumi ini tidak cukup gas nitrogen atau susu vitagen?

Jawab... jawab! Ingatlah sahabatku, mimpi dikejar harimau bukan alasan untuk buka aurat. Tapi sekarang senario berubah. Kalau tak percaya, kita boleh tengok senario yang berlaku , setiap hari Rabu jam 9 malam di TV 3. Yang paling menaikkan air sirap dalam diri aNa, ada yang tergamak pakai baju yang nampak pusat dan perut. Mereka cuba meniru pusat membeli-belah The Store kerana menawarkan jualan murah! Tapi mereka lelong. Tidakkah ini meningkatkan lagi kepupusan udang galah dan siput? Bukankah siput itu kalau di masak gulai boleh disedut isinya? aNa pernah makan siput gulai lemak daun kadok. MenyelerakanTengoklah, di bandar-bandar, apa yang berlaku? Kes mencuri lembu pun tidak dapat menandingi kes buka aurat. Bukankah buka aurat adalah salah satu maksiat yang menunjukkan penderhakaan kita kepada Maha Pencipta? Yang sedihnya, gadis Muslimahlah yang menjadi mangsa pereka fesyen barat yang jahat dan penuh muslihat. Walaupun mereka tidak pernah berchatting IRC, namun pernah mencuba keenakan nasi gulai kawah dan nasi ulam dengan harga RM24 untuk tiga orang makan. Jadi buat apa kita ikut mereka.

Itu semua jarum untuk menyuntik virus SARS ke dalam diri kita semua. aNa tahu, ini mesti tiru pakaian artis pujaan. Fesyen semasa katakan..emmm.... tak habis-habis dengan artis,¦rasa nak makan nasi kuah kari dengan ayam goreng je bila aNa dengar. Menggunakan cermin mata yang pecah amat membahayakan anak mata. Justeru, apa nak glamournya tiru pakaian artis. Kalau tutup aurat tak mengapalah kan. Ini tidak, dedah sana sini, dari Jepun ke Amerika, di Hong Kong dan Malaysia. Lebih baik memasang air-cond sambil memelihara kucing atau pun paling kurang melihat cerita kartun Doraemon dan Sin Chan.

Sahabatku, kita orang Islam ada cara kita sendiri. Bukan macam orang barat yang tak bertamadun dan artis yang tidak pernah memproses keropok secara tradisional. Islam telah gariskan dengan pembaris cara berpakaian. Pakailah macam mana sekalipun, tapi biarlah kena dengan syarak. Bukan tak boleh berfesyen, malah kalau kena cara lebih cantik dan anggun daripada mereka yang dedah aurat sana sini. Seorang lelaki mata keranjang yang sedang melepak di stesen bas pernah mengaku jujur, "Perempuan yang bukak aurat mata saya suka tengok, tapi hati saya benci. Perempuan yang tutup aurat, bertudung, dan penuh kesopanan, mata dan hati saya suka, penyejuk di mata... penawar di hati..."Tidak ada apa pada glamour dengan mendedah aurat. Jika diri kita lebih bernilai pam angin tayar yang terdapat di stesen minyak Petronas, pasti kita akan jaga dan letakkannya di tempat yang baik.

Tolonglah sampaikan pesanan aNa ini pada sahabat-sahabat lain. Siapakah yang membunuh berjuta-juta rakyat Iraq? Siapakah yang mengebom Afghanistan? Siapakah yang membunuh adik-adik comel di Palestin? Siapakah membunuh ibu tua, menghancurkan rumah di Baitul Maqdis? Jiran anda yang baik hati itu? Tentu bukan! Siapakah orang yang mendapat berjuta-juta royalti hasil jualan burger berjenama McDonald dan KFC? Juga air Coca Cola dan Pepsi? Abang ipar sepupu anda? Bukan. Mereka tentu asalnya sama. Daripada Amerika, berlatarbelakangkan Yahudi! Jom boikot Amerika! Jangan makan di bawah jambatan!Jagalah diri baik-baik, kerana seandainya dunia ini boleh berkata-kata, seluruh kura-kura dan penyu di dunia ini bersepakat menyokong usaha aNa membanteras gejala buka aurat. Kura-kura dan penyu tidak pernah membuka auratnya di khalayak ramai.... tapi tetap glamour! Kenapa... tak percaya?? 

By Ismi Sarida Sunday, October 31, 2010 at 2:17pm

No comments:

Post a Comment