Pages

There was an error in this gadget

Thursday, 20 October 2011

RESUME MUHAMMAD BIN ABDULLAH


RESUME MUHAMMAD BIN ABDULLAH

by Norman Hafizi Bin Alfan on Tuesday, 15 February 2011 at 10:10
RESUME MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Nama: Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad s.a.w)
Tarikh dan tempat lahir: 12 Rabiul Awal Tahun Gajah,
570 Masihi di Kota Mekah
Tarikh wafat: 12 Rabiul Awal 11 Hijrah (632 Masihi) [surah ali-imran 114]
Bangsa: Quraisy, Arab
Agama: Islam
Jantina: Lelaki

Nama Ayah: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan dan sehingga Ibrahim

Nama Ibu: Siti Aminah binti Wahab
Keturunan ayah dan ibu: Muhammad adalah daripada keturunan Qusai bin Kilab

Nama Isteri:
* Siti Khadijah Khuwailid R.ha
* Saudah binti Zam’ah R.ha
* Aishah binti Abu Bakar R.ha
* Habsah Umar al-Khattab R.ha
* Ummi Habibah binti Abu Sufyan R.ha
* Ummi Salamah, Hindun R.ha
* Zainab binti Jahsy R.ha
* Maimunah binti Harith R.ha
* Safyah binti Huyai R.ha
* Zainab binti Huzaimah R.ha

Nama Anak:
Qasim, Abdullah, Zainab, Ummu Kalthum, Fatimah az-Zahra

Latar Belakang Pendidikan Umum:
* Seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis (surah al-jumuah: 2)
* Menerima pendidikan secara tidak formal seperti bertutur dengan bahasa Arab tulen dan hidup berdikari sewaktu dihantar keluar bandar untuk disusui oleh Halimatussa’diah daripada Kaum Saad sehingga berumur 2 tahun.
* Mempelajari kemahiran usahawan dan berdagang secara tidak formal daripada pakcik saudaranya Abu Talib daripada umur 8 hingga 21 tahun.
* Menerima tunjuk ajar secara formal daripada Jibril di Gua Hirak semasa berusia 40 tahun dan sepanjang kehidupannya sebagai nabi.

Pengalaman Kerja:
* 8-21 tahun : Mengembala kambing
* 12 tahun : Mengikuti perdagangan ke Negeri Syam mengikuti rombongan pakcik saudaranya Abu Talib.
* 25 tahun : Menjadi pengurus perdagangan Siti Khadijah ke Negeri Syam.
* 40 – 63 tahun : Dilantik sebagai Rasul terakhir yang diamanahkan untuk menyampaikan risalah Islam oleh Allah.

Pendidikan Khusus:
* Menerima pendidikan terus daripada Allah dan dididik dengan sebaik-baik didikan (hadis)
* Menerima wahyu secara langsung ataupun melalui perantaraan malaikat Jibril

Bahasa Pengantara:
* Bahasa Arab – oleh itu disampaikan menggunakan lisan Arab

Peribadi dan Karektor Umum:
* Jujur dan amanah ketika berniaga (al-amin)
* Bertakwa dan ikhlas dalam kerja
* Berani adil dan bertanggungjawab
* Menjadi penyelamat akidah dan rahmat ke seluruh alam
* Memuliakan kaum wanita
* Proaktif dalam menganjurkan perdamaian
* Tidak bersikat negatif kepada manusia dan persekitaran
* Bersabar kepada pelbagai tekanan dan sanggup bekerja lebih masa untuk dakwah
* Cerdik dan bijaksana dalam setiap tindakan dan membuat keputusan
* Menghormati jiran, mengasihi kanak-kanak dan menyayangi umat

Jawatan yang diamanahkan:
* Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Esa untuk menyampaikan Islam
* Pemerintah Khalifah Islamiah yang pertama setelah Pembukaan Kota Mekah dan perluasan pengaruh Islam ke seluruh Tanah Arab dan sekelilingnya.
* Jeneral Perang ketika Perang Badar, Hunain, Tabuk, Ahzab, dan sebagainya.
* Pemerintah Madinah yang telah diasaskan berdasarkan Piagam Madinah selepas peristiwa Hijrah.
* Imam kepada Jemaah solat di masjid.
* Menjadi tempat rujuk tentang hukum dan syariat Islam
* Pengendali institusi wakaf dan wakaf untuk umat Islam
* Ahli perniagaan yang dipercayai antaranya ketika dilantik sebagai pengurus perdagangan bagi pihak Siti Khadijah Khuwailid

Tip mencintai Rasulullah:
Anas melaporkan, Nabi berkata, “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga kelak” (direkodkan oleh Sajary)
Muhammad is the messenger of Allah ....A Mercy of All Peoples

No comments:

Post a Comment