Note ini adalah makalah tulisan syiah
Dialog Saidina Abu Bakar dengan Amirul Mukminin Ali tentang hak kekhalifahan
by JOhn Lu Lala Lu on Sunday, 26 December 2010 at 00:45
Imam Jaafar as-Shadiq berkata : Apabila selesai urusan Saidina Abu Bakar dan bai`ah orang ramai kepadanya serta perbuatan mereka terhadap Amirul Mukminin Ali, Abu Bakar masih mengharapkan bai`ah daripada Amirul Mukminin Ali, tetapi beliau (Amirul Mukminin) telah menunjukkan sikap negatif terhadapnya.
Abu Bakr menganggapnya sebagai serius lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan meminta maaf daripadanya di atas bai`ah orang ramai kepadanya sedangkan dia (Abu Bakar) sendiri tidak begitu berhasrat untuk memegang jawatan khalifah kerana kezuhudannya. Dia mengadakan pertemuan empat mata dengan Amirul Mukminin Ali.
Dia berkata: Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah perkara ini bukanlah aku benar-benar mencintainya kerana aku tidak mempunyai keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini. Aku tidak mempunyai harta yang banyak dan keluarga yang ramai. Oleh itu kenapa anda menyembunyikan kepadaku apa yang aku tidak berhak daripada anda. Anda melahirkan kebencian terhadapku[1].
Amirul Mukminin Ali berkata:
1. Apakah yang mendorong anda untuk memegang jawatan khalifah sekiranya anda benar-benar tidak menghendakinya dan anda pula kurang yakin kepada diri anda sendiri untuk mengendalikannya?
Abu Bakar berkata: Sebuah hadis yang aku mendengarnya daripada Rasulullah saaw bermaksud"Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan". Apabila aku melihat ijmak mereka terhadapku, maka aku pun mengikuti sabda Nabi saaw tersebut [2].
Dan aku tidak terfikir ijmak mereka menyalahi petunjuk. Lantaran itu aku memberi jawapan yang positif. Dan sekiranya aku mengetahui mahupun seorang yang tidak bersetuju di atas perlantikanku nescaya aku menolaknya.
2. Ali berkata: Adapun sabda Nabi saaw yang anda menyebutkannya "Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan", adakah aku daripada umat ataupun tidak?
Abu Bakar menjawab: Tentu sekali anda daripada umat.
3. Ali berkata: Adakah golongan menentang anda yang terdiri daripada Salman, Ammar, Abu Dzar, Miqdad, Ibn Ubbad dan orang-orang Ansar yang lain bersamanya termasuk di dalam umat?
Abu Bakar menjawab: Semuanya termasuk di dalam umat.
4. `Ali berkata: Bagaimana anda berhujah dengan hadis tersebut sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda? Sedangkan umat tidak mencela mereka dan persahabatan mereka dengan Rasulullah adalah baik!
Abu Bakar menjawab: Aku tidak mengetahui penentangan mereka melainkan selepas berlaku pemilihan khalifah. Aku khuatir sekiranya aku meninggalkan "perkara" tersebut orang ramai akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku - sekiranya aku menyahuti seruan mereka - lebih senang bagiku mememberi pertolongan di dalam agama dan mengekalkannya dari permusuhan di kalangan mereka. Justeru itu mereka kembali menjadi kafir. Aku menyedari bahawa anda bukanlah orang yang dapat mengekalkan keadaan mereka dan agama mereka.
5. Ali berkata: Ya! Tetapi beritahukan kepadaku tentang orang yang berhak jawatan khalifah dan dengan apakah dia berhak?
Abu Bakar menjawab: Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, percakapan yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ditindas,sama ada jauh dan dekat. Kemudian dia (Abu Bakar) diam.
6. Ali berkata: Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?
Abu Bakar menjawab: Ya!
7. Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah wahai Abu Bakar, adakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri anda atau pada diriku?
Abu Bakar menjawab: Malah pada diri anda wahai Abal Hasan [3].
8. Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah menyahuti dakwah Rasulullah (s.`a.w) dari kaum lelaki atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[4].
9. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku yang mengisytiharkan Surah al-Bara'ah di musim Haji akbar di hadapan kaum muslimin atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[5].
10. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, aku telah mempertahankan Rasulullah s.`a.w. dengan diriku di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[6].
11. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku maula kepada anda dan semua muslimin melalui hadis Nabi (s.`a.w.) di hari al-Ghadir atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[7].
12. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah ayat al-Wilayah (al-Maidah5:55) daripada Allah bersama Rasul-Nya mengenai zakat dengan sebentuk cincin untuk aku atau anda?
Abu Bakr menjawab: Untuk anda[8].
13. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah al-Wazarah (wazir) untukku bersama Rasulullah (s.`a.w.) umpama Harun bersama Musa atau untuk anda?
Abu Bakr menjawab: Untuk anda[9].
14. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah Rasulullah (s.`a.w.) mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan ana- anak lelakiku apabila bermubahalah dengan Musyrikin atau dengan isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakr menjawab: Dengan kalian[10].
15. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab 33: 33) untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?
Abu Bakr menjawab: Anda dan anak isteri anda[11].
16. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku, isteriku dan anak-anak lelakiku yang didoakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari al-Kisa' "Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada neraka" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda, isteri anda dan anak-anak lelakianda[12].
17. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang dimaksudkan dengan ayat "Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana" (Surah al-Insan76:7) atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[13].
18. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dikembalikan matahari untuk waktu solat lalu ditunaikan solatnya kemudian ia terbenam atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[14].
19. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah melegakan Rasulullah (s.`a.w.) dan kaum Muslimin dengan pembunuhan `Amru b. `Abd Wuddin atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[15].
20. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diamanahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dalam perutusannya kepada jin lalu anda menyahutinya atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[16].
21. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam sehinggalah kepada bapanya dengan sabda Rasulullah (s.`a.w.) "Aku dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hinggalah `Abdu l-Muttalib" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[17].
22. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah dipilih oleh Rasulullah dan mengahwinkan aku dengan anak perempuannya Fatimah (`a.s) dan bersabda: "Allah telah mengahwinkan anda dengan Fatimah di langit" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[18].
23. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku bapa Hasan dan Husain manakala beliau bersabda: "Kedua-duanya pemuda Ahli Syurga dan bapa mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[19].
24. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah saudara anda yang dihiasi dengan dua sayap terbang di syurga bersama para malaikat atau saudaraku?
Abu Bakr menjawab: Saudara anda[20].
25. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah menjamin hutang Rasulullah (s.`a.w.) dan mengadakan perisytiharan di musim haji dengan melaksanakan janjinya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[21].
26. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah aku orang yang didoakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dalam keadaan burung di sisinya, di mana beliau ingin memakannya. Beliau bersabda: "Wahai Tuhanku! bawa datanglah kepadaku orang yang paling Engkau cintai selepasku bagi memakan (daging) burung itu bersamaku ". Maka tidak seorangpun datang selain daripadaku atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[22].
27. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah akukah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur'an atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[23].
28. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan kehakiman dan kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: "`Ali adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman" atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[24].
29. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku di mana Rasulullah (s.`a.w.) memerintahkan para sahabatnya supaya memberi salam kepadanya untuk menjadi ketua pada masa hidupnya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[25].
30. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah aku yang menyaksi percakapan Rasulullah (s.`a.w.) yang terakhir, menguruskan "mandi" dan mengkafankannya atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[26].
31. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda kerabat Rasulullah (s.`a.w.) atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[27].
32. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibra'il menjualkannya kepada anda dan anda menjadikan Muhammad sebagai tetamu lalu anda memberi makan anaknya atau aku?
Abu Bakr menangis dan berkata: Anda[28].
33. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diletakkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di atas bahunya bagi menolak dan memecahkan berhala-berhala di atas ka`bah sehingga jika aku kehendaki nescaya aku dapat menyentuhi ketinggianlangit atau anda?
Abu Bakr menjawab: Anda[29].
34. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) "Andalah pemilik bendera di dunia dan di akhirat" atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[30].
35. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya membuka pintu di masjidnya ketika beliau memerintahkan supaya ditutup semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu anda dibuka atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[31].
36. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda telah mengeluarkan sadqahapabila anda mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu golongan"Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberi sadqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?" (Surah al-Mujadalah 58:13) atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[32].
37. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau bersabda kepada Fatimah: "Aku nikahkan akan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah" atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[33].
38. `Ali berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah adakah anda yang telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di hari al-Qulaib atau aku?
Abu Bakr menjawab: Anda[34].
39. `Ali berkata: Adakah dengan ini dan seumpamanya anda berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Apakah yang membuatkan anda terlanjur jauh dari Allah dan Rasul-Nya sedangkan anda tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!
Abu Bakr menangis dan berkata: Memang benar apa yang anda perkatakan wahai Abu l-Hassan. Tunggulah aku hingga berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jawatanku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan sebegini daripada anda[35].
Amirul Mukminin Ali berkata, "Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr."
Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak membenar seorang pun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.
[1] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 302; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.
[2] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 9.
[3] Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, VI, hlm. 78; al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 7;Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 356.
[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.
[5] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 156; al-Turmudhi, Sahih,II, hlm. 461; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 51; Ibn Hajral-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 509; al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-`Ummal, I, hlm. 246.
[6] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 53-54.
[7] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al- Nuzul, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-KhatibTarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; al-Syablanji, Nur al-Absar,hlm. 75; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm.32.
[8] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 4
[9] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm 116; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 301; al-Nasa'i, al-Khasa'is,hlm. 78; Abu Daud, al-Musnad, I, hlm. 28; al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.
[10] al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 482; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I,hlm. 185; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 38; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 47; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm.101.
[11] Al-Tabari, Jami` al-Bayan, XXII, hlm. 502; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 259; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251.
[12] Ibid.
[13] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 392; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, VIII, hlm. 168; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102.
[14] Ibn Hajr, Lisan al-Mizan, V, hlm. 76; Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VI, hlm. 80; al-Tahawi,Musykil al-Athar, II, hlm. 8; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 137.
[15] Lihat umpamanya, al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.
[16] Ibid., hlm. 230-231.
[17] Ibid., hlm. 379; al-Haithami, Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 168.
[18] Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 84-85; Muhibb al-Tabari, Dhakha`ir al-Uqba, hlm. 29; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298-299.
[19] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 204; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 166.
[20] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 519.
[21] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,I, hlm. 3; al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 209.
[22] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; Abu Nu`aim al-Asfahani,Hilyah al-Auliya', VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30; al-Dhahabi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 49.
[23] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154; Ibn Hajr,Tahdhib al-Tahdhib, III, hlm. 178; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Tahdhib, hlm. 167-168.
[24] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 112.
[25] Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 20; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 155; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128
[26] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60-63.
[27] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 90; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 76.
[28] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 348-349.
[29] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.
[30] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.
[31] Al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 17; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 125; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 301; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 201.
[32] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.
[33] Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 29; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 85; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298.
[34] Lihat umpamanya, al-Khatib, Tarikh Baghdad, IV, hlm. 403.
[35] Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127-128.
No comments:
Post a Comment