Pages

Sunday 16 October 2011

Pendidik/bakal pendidik tidak tercabar kah anda???


Pendidik/bakal pendidik tidak tercabar kah anda???

by Sekadar Perkongsian on Monday, 17 January 2011 at 07:06
Kehidupan pada hari ini tidak dapat tidak mengkehendaki kita supaya mempunyai ketahanan jasmani dan rohani yang betul-betul mantap. Berdebar rasanya hati ini apabila mengenang kembali hadis-hadis nabi saw yang berbicara tentang 'karnival fitnah' yang amat dahsyat akan menimpa umatnya pada akhir zaman. Tatkala melihat dengan mata kepala sendiri, mendengar dan berdiri bagai orang terasing, seperti rusa masuk kampung bak kata orang Melayu kita. Betapa zaman yang diujarkan hampir 15 abad itu akhirnya datang bersinggah jua.

Memang pedih, terasa batin ingin meronta, "mengapa aku dilahirkan pada zaman maha hadhari ini?" Memang sedih, jika diizinkan ingin sekali diri ini merintih, meratap dan menjerit sekuat hati. "Aku bencikan kau DUNIA!!!


Namun aku sedar, itulah yang dinamakan takdir. Walau setinggi mana tahap 'kemeluapan' kita dengan hari Ahad, Ahad pasti hadir juga. Kayu tetap kayu, keras sifatnya. Matahari tetap kan bersinar. Tidak pernah sirna sinarannya walau telah berjuta tahun bersinar. Alhamdulillah, beriman kepada takdir telah bertindak sebagai penasihat agung dalam hal ini. Syukur.


Takdir ini mesti dihadapi dengan penuh berstrategi, istiqamah, ikhlas dan berani. Kita umpama berada di rimba yang penuh dengan binatang buas, pokok-pokok dan di hadapan kita laluan yang penuh 'kompleks'. Berbekalkan sehelai peta, sebatang senapang dan sebuah lampu picit. Perjalanan mesti diteruskan biarpun memeritkan. Wajib ditamatkan meskipun memenatkan. Terus melangkah kendati jalannya penuh berduri.

Perjalanan penuh mendebarkan dengan pelbagai kemungkinan bermain di minda. Satu kebimbangan yang sentiasa berlegar-legar, adakah kita akan tersesat? Akan tetapi, naluriku pelik melihat adanya 'musafir hutan' yang mencarik-carikkan peta yang dimiliki sambil membuang dengan penuh bangga lampu picit dan senapang yang menemani. Memang tindakan BANGANG.

Kisah di atas hanyalah gambaran di benak saya bahawa itulah rupa dan gelagat umat Islam pada hari ini. Bekalan yang diberikan sebagai panduan dan penolong sedikit pun tidak dihargai. Lantas akhirnya perjalanan itu berakhir dengan sad ending. Sebenarnya agak payah melihat cerita-cerita seperti ini di filem-filem mahupun teater-teater kerana sikap watak tersebut amat tak tercapai dek logik akal menandakan pelaku-pelaku sedemikian amat jahil, ego dan sesat.


Dalam pada itu, saya agak tertarik untuk menghuraikan tentang satu istilah yang bertukar menjadi fenomena mengerikan bagi remaja khususnya iaitu 'culture shocked'. Entah mengapa wujud juga himpunan huruf songsang ini. Sudah cukup ramai remaja Islam yang kecundang apabila berhadapandengan 'invisible evil' ini. 'Penampilan' penjahat ini sungguh menarik malah menyenangkan hati yang tak subur dengan iman. 'Mereka' datang dengan wajah yang ceria, mem'promote'kan produk-produk yang rata-ratanya berasal dari bumi manusia-manusia berkulit putih.


Bermula dari pakaian, makanan, minuman hinggalah kepada cara berfikiran, percintaan dan sebagainya. Produk-produk mereka amat laku. Kata promoter mereka, "sekali cuba, pasti nak lagi". Remaja memang gembira sakan. Padahal sebelumnya merekalah yang amat pendiam di sekolah, selalu menyampaikan ceramah agama, memegang jawatan sana sini, dipuji guru sebagai produk keluaran sekolah agama. Tapi rupa-rupanya, keluar je sekolah terus bertukar jenis produk.

Senario ini sangat pahit untuk diterima lebih-lebih lagi mangsanya dari kalangan pelajar-pelajar smka, sma, maahad tahfiz dan pelbagai nama lagi yang bercirikan Islam. Tetapi itulah hakikat yang sedang galak melanda remaja-remaja Islam hari ini.

Mengapa perkara seumpama ini berlaku?? Teman-teman mari kita berfikir di mana silapnya. Saya minta izin mengundur diri sebelum memberi pandangan pada lain ketika dan dipohon agar saudara semua bersedia berkongsi pandangan. Akhir kalam,"Katakan Tidak Kepada Culture Shocked"
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment