Pages

Wednesday 19 October 2011

HASUTAN & SERANGAN IBLIS (akan bersambung)


 HASUTAN & SERANGAN IBLIS (akan bersambung)

by Azrinl Kun on Sunday, 26 December 2010 at 13:41
Hasutan dan serangan IBLIS kini sedang berjalan dengan pantasnya di setiap sudut dan jalan hidup kita.Tidak ada suatu jalan atau amal yang kita lakukan melainkan bala tentera syaitan berhimpun di situ untuk mengheret kita ke jalan yang sesat dan hina.

1. Mempunyai Objektif Yang Jelas

IBLIS dan syitan mempunyai objektif yang jelas,iaitu menyesatkan manusia,dan telah pun diizinkan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya kerana mahu menguji kaimanan manusia terhadap-NYA.Begitu ramai manusia yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T.(dalam apa nama sekali pun),tetapi bertindak mengubah ayat-ayat dan kitab-kitab-NYA semata-mata untuk menguasai kekayaan dan kekuasaan di dunia dan mengharapkan agar kekayaan dan kekuasaan itu kekal bersama mereka.

Dari perspektif individu,seseorang insan yang pada mulanya tebal keikhlasannya akan diperdayakan atas keikhlasannya sendiri secara halus sehingga mereka terjebak ke dalam kancah kemaksiatan dan cinta dunia.Seringkali insan yang ikhlas ini akan memulakan hidupnya dengan amalan soleh,kerja-kerja sukarela,mengutip derma dan bantuan untuk membantu mangsa malapetaka dan mereka yang dha'if.

Namun,setelah mengetahui dan merasai kenikmatan harta yang terkumpul serta pengaruh yang meningkatmaka insan ikhlas ini akan menanam tekad untuk menghalang orang lain daripada menggantikannya dengan alasan bahawa tidak dapat meyakini bahawa penggantinya akan mampu menahan diri daripada menyalahgunakan kekayaan dan kekuasaan yang dinikmatinya

Pada hakikatnya dia tidak sanggup melepaskan kedudukan istimewa yang telah dicapai hasil usahanya sendiri.

Dari perspektif kumpulan pula,sesuatu kumpulan manusia yang ikhlas dan membuat 'fatwa; atau 'doktrin' yang menghalalkan  tindakannya untuk mengembangkan kekayaan dan pengaruh kumpulan melalui pentafsiran atau pengubahan ayat-ayat Allah S.W.T. supaya mereka mampu menguasai minda sebahagian besar manusia secara duniawi,iaitu dengan memberikan gambaran bahawa sesiapa sahaja yang berkorban untuk kumpulan mereka akan mendapat 'berkat' dari Tuhan dalam bentuk keselesaan dan sumber kekayaan yang tidak terbayang di hati mereka.

Namun untuk mengecapi status istimewa ini,seseorang itu mestilah mentaati ketua tanpa soal kerana yakin pada keikhlasan ketuanya.sedangkan hakikatnya ia merupakan satu konspirasi besar untuk meraut keuntungan dari jalan yang tidak diredhai Allah S.W.T. berwaspadalah dengan tipu muslihatIBLIS dan syaitan yang membisik ke dalam hati dan membkar  semangat untuk bermula dengan kebaikan tetapi akhirnya tergelincir dari jalan yang lurus atas kekaburan yang sangat menyesatkan..

2. Menipu,Menimbulkan Permusuhan Dan Kebencian

Dalam al-Qur'an,perkataan "IBLIS" adalah merujuk kepada makhluk yang tidak mahu sujud kepada Adam a.s Firman Allah S.W.T.:

                                                                ...   قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا‌ۖ
                                                                       Surah al-A'raf 7:18
                     Ertinya: Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir.

Makhluk ini merujuk kepada iblis yang telah diusir keluar terlebih dahulu ketika Adam a.s dan Hawa tinggal di Syurga.Perkataan "Syaitan" pula adalah makhluk yang menggoda Adam a.s dan berperanan untuk menipu,menimbulkan permusuhan dan kebencian serta menyesatkan keturunan Adam a.s.

3. Menyesatkan

IBLIS dan syaitan yang disebut di dalam al-Qur'an adalah sesuatu makhluk yang berusaha menyesatkan manusia dari jalan kebenaran.Persoalan siapakah IBLIS dan syaitan yang cuba digambarkan oleh al-Qur'an tidaklah dapat ditentukan secara sempurna.Ia merupakan perkara GHAIBIYYAT,di mana umat Islam wajib mempercayai kewujudannya.

Walau bagaimanapun,berdasarkan penerangan 'ulama'. Ulama terdahulu,mereka membezakan IBLISdan syaitan melalui asal-usul mereka

... BERSAMBUNG... ASAL-USUL JIN,SYAITAN,IBLIS....

No comments:

Post a Comment