Pages

Sunday 16 October 2011

Tuntutan Kepemimpinan Islam

Tuntutan Kepemimpinan Islam

by Sekadar Perkongsian on Monday, 17 January 2011 at 07:00
Kepemimpinan dan Islam diibaratkan seperti laut dan pantai yang sudah tidak dapat dipisahkan. Sudah tentu mustahil pemisahan itu boleh berlaku, umpama mengharapkan unta dapat masuk ke dalam lubang jarum. Saya yakin anda sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan.

Pengertian pemimpin dan kepemimpinan pada perspektif Islam
Pemimpin pada pandangan Islam bukan sahaja mereka yang bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan cemerlang tetapi ia ialah contoh kepada orang lain dan merupakan simbol kepada organisasi\jemaah dalam semua perbuatan, perkataan dan gerak-geri malahan menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.

Kepemimpinan pula ialah satu seni muamalah yang bertabiat kemanusiaan serta mampu mempengaruhi manusia ke arah matlamat yang dihalakan. Oleh yang demikian, kepemimpinan bertanggungjawab membentuk dan mewarna suasana agar tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang negatif dan dalam masa yang sama berupaya mengubah suasana kepada keadaan yang lebih baik dan diredhai-Nya.

Bahkan mengulangi ayat yang telah disebutkan di atas, iaitu firman Allah dalam surah al baqarah, “ Dan ingatlah apabila berkata Allah kepada para malaikat sesungguhnya Aku akan mencipta khalifah ( manusia ) di muka bumi..” (al baqarah: 30)

Para sarjana Islam mentafsirkan khalifah di sini dengan makna imamah dan siasah yang bermaksud memimpin dan mentadbir urusan kehidupan dengan agama Islam (Iqaamatud diini wa siyasatud dunya bihi).


Tugas dan Misi pemimpin dalam Islam
Matlamat utama setiap pemimpin ialah mendokong amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi selepas kewafatan rasulullah saw peristiwa robohnya sistem khalifah dalam kalangan umat Islam. Setiap pemimpin itu juga bertanggungjawab mewujudkan bi’ah solehah di tempat masing-masing dengan penuh hikmah , berhati-hati dan beransur-ansur.

Pemimpin Islam juga mestilah mempunyai keinginan yang tinggi untuk mewujudkan masyarakat dan ummah yang muslim dari sudut akidah, akhlak dan juga muslim dalam melayari bahtera kehidupan. Kefahaman tentang keindahan dan ketuanan Islam itu sendiri hendaklah sentiasa disentuh dan diulang di samping pengamalan nilai-nilai yang disebutkan di atas dalam kalangan pemimpin itu sendiri. InsyaAllah, individu muslim akan terhasil dan seterusnya berkembang biak ke seluruh anggota masyarakat.

Pengutusan anbia sebagai pemimpin
Pemimpin pada pandangan Islam bukan sahaja mereka yang bertanggungjawab menjalankan urusan pentadbiran seharian dengan cemerlang tetapi ia ialah contoh kepada orang lain dan merupakan simbol kepada organisasi\jemaah dalam semua perbuatan, perkataan dan gerak-geri malahan menjadi perhatian kepada pengikut dan lawan.

Nabi Muhammad saw telah bersabda, “Adalah kaum bani Israel itu, yang memimpin urusan mereka ialah para nabi. Setiap kali mati seorang nabi diganti dengan seorang nabi yang berikutnya, dan bahawasanya tiada lagi nabi selepasku, dan akan ada khalifah (pemimpin yang mengganti), maka mereka (khalifah) itu ramai.”
Para sahabat bertanya, maka apakah, “maka apakah perintah Rasulullah kepada kami yang wajib kami lakukan?” nabi saw menjawab, “Maka tunaikan janji taat kepada yang lebih dahulu dilantik, berikan kepada mereka hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka, maka sesungguhnya Allah akan menyoal mereka berkenaan mereka diperintah untuk memimpin.”

Iktibar yang diperoleh daripada hadis di atas ialah sebab utama pengutusan nabi-nabi sejak zaman berzaman ialah untuk memimpin. Sebagai pemimpin dalam rumahtangga, ekonomi, sehinggalah kepada kenegaraan. Sejarah yang ditonjolkan oleh al Quran menyebutkan bahawa setiap nabi mempunyai umat mereka sendiri. Mereka memacu umat tersebut untuk menempa kejayaan di dunia dan akhirat.

Bahkan di sana wujud nabi-nabi yang diangkat menjadi pemerintah yang memimpin negara seperti nabi Daud, Sulaiman dan Muhammad saw. Keadaan ini memberi isyarat jelas kepada kita bahawa kepemimpinan itu bukan suatu perkara yang remeh. Al Quran juga telah memberi contoh Zulqarnain yang telah menguasai kerajaan timur dan barat. Zulqarnain yang agung sentiasa merujuk kepada hukum hakam Allah dalam setiap tindakan. Kepemimpinan golongan terpilih di atas mewujudkan umat yang berani, berkarisma dan hormat-menghormati.

Antara kewafatan nabi saw dan pelantikan pemimpin
Dalam sejarah Islam, selepas nabi saw wafat, para sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar telah bermesyuarat bagi membuat pelantikan baru bagi menggantikan nabi saw. Hanya sebahagian kecil sahabat sahaja yang hadir semasa mengebumikan jasad nabi yang suci. Tidakkah ini dinamakan biadab? Jawapannya sudah tentu tidak kerana nabi saw telah menanamkan dalam diri sahabat betapa pentingnya urusan kepemimpinan dalam Islam. Lebih penting daripada sekalian emas yang memenuhi bumi.

Petikan daripada,

artikel panjang: Kepemimpinan Islam karangan Marwan Bukhari A. Hamid
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment