Pages

Sunday 16 October 2011

SAY "NO" TO VALENTINE'S DAY!


SAY "NO" TO VALENTINE'S DAY!

by Sekadar Perkongsian on Monday, 31 January 2011 at 12:30
14hb. Februari, tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang di seluruh dunia, iaitu Hari Kekasih (Valentine's Day), hari yang mana pasangan kekasih di seluruh dunia, termasuklah mereka yang beragama Islam sendiri menyambutnya. Pada hari 14 Februari, pasangan kekasih akan meraikan dan meluahkan rasa cinta sesama sendiri dengan menghantar kad ucapan, memberi bunga, meluangkan masa berdua-duaan, dan berbagai-bagai cara lagi. Hinggakan ada perempuan yang sukarela menggadaikan maruahnya dan menyerahkan tubuhnya kepada teman lelakinya, semata-mata untuk membuktikan cinta sejati kononnya. Astaghfirullah.
Penyakit umat Islam menyambut Hari Kekasih sebenarnya sudah banyak kali dan sudah lama dibahaskan oleh mereka yang prihatin akan masalah umat Islam akhir zaman. Bila semakin ditegur dan diingatkan, semakin kuat pasangan kekasih Islam degil melawan. Umat Islam yang menyambut Hari Kekasih menyedari bahawa sambutan Hari Kekasih tidak pernah wujud di sisi Islam, tetapi disebabkan nafsu mendahului akal dan wahyu, inilah yang terjadi pada akhir zaman ini, mereka tetap melakukan perkara yang dilarang dalam agama.

Dalam Muzakarah Kali Ke-71 pada 24hb. November 2005, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan keputusan bahawa: "Amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam." 
(Rujuk di sini)
Yang amat merisaukan kita adalah cara mereka menyambut Hari Kekasih. Kalau dulunya hanya saling bertukar ucapan dan memberi bunga. Tapi sekarang, sambutannya semakin tidak bermoral, sampaikan ada yang menyambutnya dengan mengadakan parti buih sambil menari bogel, meminum arak, melakukan seks dan sebagainya. Bahkan, promosi menyambut Hari Kekasih juga semakin hari semakin giat dijalankan secara terang-terangan dan 'kreatif' kepada masyarakat umum. Terbaru, dimaklumkan bahawa terdapat sekumpulan manusia yang menyarankan gadis-gadis supaya tidak memakai seluar dalam pada Hari Kekasih sebagai satu ekspresi cinta sejati kepada teman lelaki mereka.
Bare your love this Valentine’s Day, female students urged

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends. The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth. 

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion”. “I feel it is personal,” said Ummi with a smile. “Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.” 

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.(TheStarOnline, Jumaat, 29 Januari 2010)

Betapa semakin teruknya penyakit umat Islam pada hari ini. Kreatif betul promosi mereka. Tidak tercapai akalku memikirkan bagaimana si dia boleh tergamak mengatakan "hak peribadi" sebagai alasan membenarkan perbuatan tidak bermoral tersebut. Inilah kesan daripada hebatnya perancangan dan usaha jahat musuh Islam dalam melemahkan umat Islam sehabis-habisnya. Ternyata usaha mereka tampak sudah berjaya dalam memisahkan kehidupan seorang Muslim daripada agamanya.

Benarlah ia sebagaimana firman Allah mafhumnya: "Tidak sekali-kali orang Yahudi dan Nasrani meredhai kamu sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka." (Al-Baqarah, 2: 120)
Dan daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka." (Riwayat Muslim)

Saudara-saudari sekalian, aku yakin dan percaya bahawa kita yang peduli terhadap nasib umat Islam sedunia ini, kita tidak akan sesekali mengaku kalah kepada musuh-musuh Islam. Kita pasti akan berjuang habis-habisan!

Aku menyeru kepada kalian agar tidak berputus asa dan berhenti daripada mengajak manusia kepada perkara kebaikan dan menjauhi perkara mungkar. Sesungguhnya tanggungjawab menyampaikan nasihat agama bukanlah terletak pada bahu para ulama'sahaja, tetapi sebenarnya ia merupakan suatu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh mereka yang bergelar Muslim. Suka atau tidak suka, setiap orang daripada kita akan menjadi saksi kepada seluruh umat manusia pada hari akhirat kelak.

Jika dakyah musuh Islam semakin kuat, maka sepatutnya dakwah Islamiyah mesti lebih kuat lagi daripada usaha jahat mereka. Tarbiyahlah dirimu sebaik-baiknya, kemudian tarbiyahlah pula orang-orang di sekelilingmu itu. 

All out atau cuai!

Wallahualam
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment