Pages

Sunday 16 October 2011

Aduhai.. Kita dah tertipu..


Aduhai.. Kita dah tertipu..

by Sekadar Perkongsian on Monday, 17 January 2011 at 07:21
pelik/hairan sungguh aku..
melihat insan kaku..
tak tahu menggunakan isi di bawah kuku..

terus kaku..
tak tahu mana arah dituju..

lagi aku hairan..
melihatnya tersenyum tersipu-sipu..
menaip tapi masih menari laju..
tak ubah seperti insan tertipu..

hei kawan,
memang kita tertipu..
kita terus 'memakai baju'..
tanpa berfikir di mana indahnya baju..

kita tertawan dalam dunia serba maju..
cuma tekan..
dah boleh melihat 'pemakai-pemakai baju'..

sekarang pun..
dunia kita terus maju..
tapi iman masih macam dulu..
kesedaran masih pada takat beku..
lebih baik jadi buah duku..

jadi buah duku ?
ya..
seperti sahabat dulu-dulu..
sedih mahu jadi makhluk yang kaku..
tak akan dihisab pada hari itu..
tak akan disoal oleh Dia Yang Maha Tahu..

Tapi kita tak boleh jadi buah duku..
Ataupun menjadi mana-mana makhluk yang kaku..
Sebab kita sudah dicipta dari dulu..

Oleh itu kita mesti bersedia..
walau dalam alam yang serba maju..
Supaya kelak, tiadalah kita menangis tak berlagu..
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment