Pages

Monday 17 January 2011

Assalamualaikum


by Percaya Kepada Hari Kiamat on Sunday, 22 August 2010 at 00:07
BismilahirRahmanirRahim

Bekalan atau bebanan


Assalamualaikum,




Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kitadihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasaddan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidakmengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan olehBaginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatudestinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalananitu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi.Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaansementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnyaadalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akanmenikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianyasehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Merekaterpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulahBEKALAN.


Sebagaiseorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betulmengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT,pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawisebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orangtua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementaradunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya.Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN.Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhiratmanakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplahbekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkanperjalanan.
Ingatlah: "Duniaini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhiratnanti."


"Beramallahuntuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untukakhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Hadith
Ramaimentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguhkerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kitahidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatanlebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok- jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kitaakan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburuharta di dunia.


Islamtidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidakmenghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yangkaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagaijuruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalahpembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orangalim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan inisaling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialahmeletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-halkeakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikankeutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadahialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besarselain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Inibererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia.Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkandunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan hartabukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.


Sangatberuntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagaimodal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat denganbersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim,menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Merekainilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeliakhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgitdan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidakmendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jikadigunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanyaAllah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dantereperinci.


DalamAl-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalahlebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupanakhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad;jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlahbegitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadiberapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunyaberpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alimdan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat.Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalahberharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitusaja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelahmalam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.


Sebaliknyamereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempitkerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkanbagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya,mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit punmemikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalanAllah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini padahakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.
Semasaperjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandumdan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulahseterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putusmenerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akandinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.


Dinukilkandalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minumanbertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Rajasangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpadengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama ituberkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala danfakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkatabegitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentuia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa.Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasaseperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasaapa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jikaberlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan,piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih danhampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengakuatas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta duniayang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dankemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa rohhendak kembali berjumpa Allah.


Sebagaikesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukanharta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterimaoleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakahNabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. JikaAllah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagaiumatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nakmengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dansebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnyasama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasansebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubatdi atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..

Susunan : Abd Razak at 4/28/2009 03:05:00 PM
· · Share

No comments:

Post a Comment