Pages

There was an error in this gadget

Friday, 7 October 2011

4 PERKARA TERSIRAT


4 PERKARA TERSIRAT

by Seri Kandi Islam on Friday, 28 January 2011 at 15:13
******************

 Yang Tersirat di Sebalik 4

> 4 alamat orang cerdik
  • Berani menempuh bahaya
  •  Pandai bermanis muka dengan musuh
  •  Pandai melihat kesempatan
  •  Dapat menimbang pertimbangan orang lain

> 4 alamat orang beriman
  •  Meninggalkan maki
  • Menjauhi menyakiti hati orang
  • Lekas memberi ampun
  •  Lama baru menjatuhkan hukuman

> 4 tanda orang berakal
  • Cinta pada ilmu
  • Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
  •  Bagus jawabnya
  • Banyak benarnya

> 4 alamat orang rendah
  • Membuka rahsia
  • Pendendam
  • Penggunjing
  • Memburukkan kawan

> 4 yang menimbulkan cinta
  • Muka jernih
  • Sudi menolong
  • Sudi menghindarkan selisih
  • Menjauhi munafik

> 4 soal yang membawa keuntungan hidup
  • Benar perbicaraannya
  • Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
  • Baik budinya
  • Suka berterima kasih

> 4 sempurna dengan 4
  • Ilmu dengan larangan
  • Agama dengan taqwa
  • Amal dengan niat
  • Kemuliaan dengan kelebihan

> 4 mesti dijaga
  • Teguh menjaga kehormatan
  • Redha menerima sedikit
  • Berbuat kebaikan setiap hari
  • Memelihara lidah

> 4 macam pencarian
  • Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
  • Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
  • Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
  • Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

>   "REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

              *     WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
              *     WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
              *     WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
              *     WAKTU MUDA SEBELUM TUA  DAN
              *     WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment