Pages

Monday 3 October 2011

JUMAAT -8 RABIULAWAL 1432


JUMAAT -8 RABIULAWAL 1432

by Abu Zarr on Friday, 11 February 2011 at 07:38
Wahaaaaiii sahabatku yang dihormati...

Nafsu sememangnya menjadi alat senjata Syaitan menipu dan memperdaya manusia dalam segenap perkara kehidupan. Berjihad menewaskan nafsu adalah agenda utama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mendidik manusia agar tidak ditambat secara berterusan ke arah kemaksiatan terhadap Allah, sesuai dengan sabda Rasulullah mafhumnya :

"Orang-orang yang berjihad itu adalah mereka yang berjihad menentang nafsunya" (Riwayat Bukhari)

Maka, sewenang-wenangnya manusia yang berusaha menundukkan nafsunya harus banyak bersabar dan tekun beribadah semula kerana kelebihan orang yang bersabar sangat besar manfaatnya di sisi Allah, bertepatan dengan sabda Rasulullah mafhumnya :

"Sesungguhnya orang Mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada suatu bencana samada terkena duri mahupun yang lebih besar lagi dari itu; tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat, dan menghapuskan satu kesalahannya dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut" (Riwayat Al-Hakim)

Rahmat Allah sangat terbuka buat hamba-hambaNya yang berpaling jauh dariNya agar kembali memohon ampunan dan kasih sayangNya dicurahkan sebanyak-banyaknya serta Allah Maha Terima Taubat hamba-hambaNya yang selalu berbuat kesalahan dan menyesali perbuatannya, selaras dengan sabda Rasulullah mafhumnya:

"Dari Jabir r.a. katanya, dia mendengar Rasulullahi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke dalam Syurga atau melepaskannya dari Neraka, termasuk juga aku (Rasulullah), tetapi ialah semata-mata Rahmat Allah belaka" (Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, seorang guru yang mampu memimpin secara zahir dan batin dalam kembali tunduk kepada Allah (mursyid) adalah keperluan yang tidak boleh dipandang ringan kerana setiap masa nafsu manusia naik dan turun tidak menentu, bahkan akan mengheret kepada perkara yang tidak dapat dijangka serta luar dari fikiran kawalan manusia, senada dengan pesanan Imam Malik rahmatullahi 'alaihi katanya :

"Barang siapa yang tidak mempunyai guru mursyid maka Syaitan yang akan menjadi gurunya"

Di bawah bimbingan seorang guru yang mursyid, mudah-mudahan Rahmat Allah berlimpah-limpah secara berterusan kerana manusia telah secara langsung mendapat didikan yang terperinci untuk menundukkan hawa nafsunya. Manusia yang mendapat didikan seorang guru yang mursyid akan dididik sehingga akhlaqnya mirip akhlaq Rasulullah dan para Sahabat Nabi. Mencari seorang guru yang mursyid adalah berkat Rahmat Allah kepada mereka yang bersungguh-sungguh kembali ke jalanNya sahaja, sepertimana kata Imam Al-Ghazali rahmatullahi 'alaihi :

 “Untuk mencari seorang yang mursyid umpama mencari belerang merah.” [a very rare person in common day's communities]

P/S : Usahakan cari seorang guru yang mursyid dengan banyak memohon pimpinan dari Allah, insyaa-Allah, Allah perkenan memperbaiki diri kita kembali ke jalanNya yang benar dan tidak akan sia-siakan permohonan kita itu.

No comments:

Post a Comment