Pages

Friday 7 October 2011

Monyet dan pisang


Monyet dan pisang

by Isu Hangat on Saturday, 29 January 2011 at 23:52

Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh para profesor, ada 2 ekor monyet yang dimasukkan ke dalam satu bilik kosong secara bersama-sama. Kita gelar sahaja monyet tersebut Monyet A dan B. Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah tiang, dan diatas tiang tersebut ada setandan pisang yang masak.

Setelah membiasakan diri dengan keadaan persekitaran di dalam bilik tersebut, mereka mula nampak pisang-pisang tersebut. Monyet A yang mula-mula dahulu mencuba memanjat tiang.



Apabila monyet A berada di tengah tiang,profesor menyimbah air kepadanya,sehingga tangannya terlepas dan terjatuh. Monyet A cuba lagi, dan disimbah lagi dan jatuh lagi, begitulah berkali-kali sehingga akhirnya monyet A menyerah. Giliran berikutnya monyet B yang mencuba,mengalami kejadian serupa, dan akhirnya menyerah juga.

Kemudian ke dalam bilik tersebut dimasukkan pula monyet C. Yang menarik adalah, profesor tidak lagi akan menyimbah monyet-monyet tersebut jika mereka naik. Seperti monyet A dan B, monyet C mula menyentuh tiang, tetapi dia terus ditarik oleh monyet A dan B.

Mereka berusaha mencegah, supaya monyet C tidak mengalami kemalangan seperti mereka. Kerana terus dicegah dan diberi nasihat

tentang bahayanya bila cuba memanjat keatas, monyet C akhirnya takut juga dan tidak jadi dan takut untuk memanjat tiang tersebut.

Langkah seterusnya yang dilakukan oleh profesor adalah mengeluarkan monyet A dan B, serta memasukkan monyet D dan E.

Sama seperti monyet-monyet sebelumnya, monyet D dan E juga tertarik dengan pisang diatas tiang dan cuba memanjatnya. Monyet C secara spontan terus mencegah keduanya agar tidak naik.

“Mengapa kami tidak boleh naik?” protes keduanya.

“Ada kawan-kawan yang memberitahu saya, bahawa naik ke atas itu berbahaya. Saya juga tidak tahu, ada apa di atas, tapi lebih baik jangan cari susah, jangan cuba naik ke atas” jelas monyet C.

Monyet D percaya dan tidak berani memanjat tiang, tapi tidak dengan monyet E yang agak berani.

“Saya ingin tahu, bahaya macam mana yang ada di atas … dan kalau ada bahaya, betulkah saya tidak boleh menghindarinya?” tegas monyet E. Walaupun sudah dicegah oleh monyet C dan D, monyet E nekad naik …

Dan kerana memang sudah tidak disembur lagi, monyet E berjaya mendapat pisang yang diinginkannya …

Renungan

===================

Sahabat isuhangat,

Manakah diantara watak diatas yang menggambarkan tingkah laku anda sekarang ini?

Watak A dan B adalah orang yang pernah melakukan sesuatu dan kemudian gagal. Oleh itu, mereka kecewa,tidak akan mengulanginya lagi, dan berusaha mengajarkan kepada orang lain tentang kegagalan tersebut. Mereka tidak mahu orang lain juga gagal seperti mereka.

Watak C dan D, adalah orang yang menerima petunjuk dari orang lain, perkara apa yang tidak boleh dilakukan dan mereka mematuhinya tanpa berani mencubanya sendiri.

Watak E adalah type orang yang tidak mudah percaya dengan sesuatu, sebelum mereka mencubanya sendiri. Mereka juga

berani menentang arus dan menanggung risiko asalkan boleh mencapai keinginan mereka.

Pisang dalam cerita diatas menggambarkan impian kita. Setiap orang dalam hidup ini mempunyai impian yang tinggi tentang masa depannya. Namun sayangnya, banyak sekali perkara-perkara yang terjadi di sekitar kita, yang menyebabkan impian kita terkubur.

Orang-orang dengan watak ABCD akan ‘menasihati’ kepada kita seperti ini

“Sudahlah, jangan melakukan pekerjaan yang siasia seperti itu. Saya dulu sudah pernah melakukannya berkali-kali dan gagal. Sebagai seorang teman yang baik, saya tidak mahu kamu gagal seperti saya”

Bukankah perkara-perkara seperti itu yang sering kita dengar sehari-hari?

Orang dengan watak E akan selalu berfikir optimis dalam menjalankan sesuatu. “Kalaupun orang lain gagal melakukan

sesuatu, belum tentu saya juga akan gagal” adalah kekuatan yang selalu ‘mengepam’ motivasinya.

Dan kegagalan orang lain boleh dipelajari dan dijadikan batu loncatan untuk melangkah lebih baik, bukannya dijadikan suatu ketakutan.

Saya akan memberikan satu ilustrasi lagi. Saya akan membawa anda ke tahun 70-an.

Apa yang akan kamu lakukan, bila suatu hari ada seorang mahasiswa berseluar jeans, berkacamata tebal, bajunya lusuh, datang berjumpa kamu dan berkata

“Saya ada suatu produk yang bagus, tapi saya tidak ada modal. Boleh tak anda pinjamkan saya modal $100 dollar?

Kalau produk ini sukses, kita berdua bakal jadi orang paling kaya di dunia bro”.

Hampir semua akan menghina dan mentertawakan mahasiswa tersb, bahkan mungkin menganggapnya gila. Berapa orang yang akan menjawab “Wow, bagus sekali, cuba jelaskan apa produk kamu, agar kita bolrh sama-sama kaya?”

Mungkin satu orang diantara sejuta, mungkin juga tidak ada.

Bagaimana kalau saya katakan bahawa mahasiswa tersebut adalah Bill Gates, yang kini sudah mencapai impiannya menjadi orang terkaya di dunia?

Bukankah itu dulu yang dilakukan Bill Gates pada awal kerjayanya. Dikelilingi orang type ABCD, ditolak, diperlekeh dan pelbagai macam penghinaan yang lain. Mujurlah, Bill Gates termasuk orang dengan watak E. Dan dengan pengorbanan dan kerja keras, dia berhasil meraih impiannya.

Sahabat isuhangat..

saya yakin anda adalah orang type E. Setidaknya kerana anda mahu membaca tulisan ini untuk belajar bersama, ruang masa bersama, dan maju serta berjaya bersama.

Jangan biarkan orang lain membunuh impian anda. Maju terus, hadapi semua rintangan dan meraih impian anda.

No comments:

Post a Comment