Pages

Friday 7 October 2011

Sejahat Jin?


Sejahat Jin?

by Hamka (Kereta Mayat) on Wednesday, 26 January 2011 at 21:05
(Cerita ini tak akan ada sambungannya, anggaplah ianya anti klimath)

Isteri aku sedang menyusun daun terup, sekeping demi sekeping, aku yang tidak sabar melihat beliau yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Beliau tak endahkan nasihat aku, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Isteri aku berdegil tak nak ikut cakap aku, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, ha ha!

Padan muka, dah kalah.., biar abang main pulak..

Aku buat new game untuk spider solitaire, lantas terus gigih menyusun daun terus sedang TV terpasang di ruang tamu…, isteri aku terus beredar ke dapur buat kerja orang perempuan.., padan muka kalah.

Sedang asyik aku ‘berdakwah’ sambil bermain Solitaire di ruang tamu di depan TV, tiba tiba telinga aku terdengar sesuatu yang tak best di kaca TV, suatu ungkapan yang sungguh racist:

“Sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin..,“

Rupa rupanya ungkapan itu adalah petikan salah satu babak promosi preview filem Hantu melayu terbaru..,

Sejahat-jahat manusia sebaik-baik jin..?, hadith mana ntah mereka ambik sebagai skrip filem, tak logic langsung.., Kesian bangsa jin kena tuduh sampai tahap macam tu.., racist sungguh!

Aku rasa (betulkan jika salah) kata kata ini mungkin datang dari tok bomoh yang nak menakutkan pesakit agar bisnes mereka dapat di keraskan lagi pengeras yang sedia ada.., tapi kata kata falsafah tu sungguh tidak adil bagi seluruh bangsa jin, merekapun makhluk Tuhan, tak baik hina bangsa lain kerana kesilapan sesetengah dari mereka..

Nabi pernah tangkap jin Ifrit yang ganggu manusia tapi bila kenangkan jasa jin ni pada Nabi Sulaiman, Nabi lepaskan.., (rujuk Buznama), bermakna, ada jin yang baik baik..

Maka aku atas dasar keperijinan, mewakili pihak JIN.

Ingin menegur korang semua agar janganlah suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak guna istilah:

"SEJAHAT-JAHAT MANUSIA SEBAIK-BAIK JIN!!!"

Jin rasuk tubuh korang karang, baru korang tahu beza antara jean dan jin..,
Sebab, sejahat jahat jin tak ada pulak nak mengaku TUHAN!

Tapi Manusia dalam sejarah yang soheh, jahat sungguh,...cuba tanya Firaun laknatullah..!, tergamak mengaku dirinya tuhan? Memalukan kaum manusia betul, Syaitan yang jahatpun tak mengaku Tuhan.. , ini pulak bangsa jin, malu aku pada jin..!

Pelik tak?, Dah tahu Firaun tu manusia paling jahat dalam sejarah kejahatan, boleh pulak manusia anggap jin yang paling baik sama taraf manusia jahat yang mengaku tuhan? Tak logic langsung? sejahat jahat manusia masuk neraka, tak kanlah sebaik baik jinpun masuk neraka!!

Cuba fikir sikit, sebelum sakitkan hati kaum jin, jangan racist!

Ops! tertekan box solitaire, lalu terpampanglah meja hijau daun terup, dan aku terus tabah menghabiskan susunan daun terup sehingga keluar letupan bunga api.. wow!

Sambung balik,

jadi kesimpulannya, dah tentu ada jin yang lebih baik dari manusia.., sebab tu Nabi dakwah pada mereka, ramai sudah jin yang masuk islam ketika manusia di tanah arab sedang menghina Nabi.., jadi kena buang pepatah tok bomoh yang berbau racist tu..

Jika nak buat filem, dan nak letak jugak skrip yang berfalsafah, aku cadang, guna:

"SEKASAR-KASAR MANUSIA, (mungkin) SELEMBUT LEMBUT JIN.."

Ini pun bukan hadith, tapi lebih logic dan indah serta dapat membuang sifat racist pada kaum jin.., sebab mereka selalu main kasar, silap sikit, rasuk, silap rasuk, selak kain, lepas tu nak kucing betina hitamlah, nak minyak dagulah, nak darah perempuan mati beranaklah.., memang kasar dan kurang ajar!

Bak kata P Ramlee ketika melihat jin di tanah perkeburan..

“oi,, main kasar ye”..

Ok, isteri aku dah datang, sekarang masanya untuk kita tunjukkan letupan bunga api di screen Computer.., sila kagum dari jauh.

Sekian

*****

Tiba tiba bini aku shutdownkan computer kerana cemburu dengan kejayaan aku menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., lalu aku berkata: “oi,, main kasar ye”.. lalu..

(Korangpun garu garu kepala sambil kerutkan kening...)

No comments:

Post a Comment