Pages

Sunday 23 January 2011

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T


by Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga. on Thursday, 24 June 2010 at 17:28

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Sesiapa yang memelihara solat,maka solat itu sebagai cahaya baginya,petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat,maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Hadis Riwayat Tabyinul Mahaarim)



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :

"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T antaranya :-

  1. Orang lelaki yang sendirian tanpa membawa sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
  4. Orang lelaki budak yang melarikan diri
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya.(TAUBAT)
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya

  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung

  8. Orang imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya
  9. Orang yang suka makan riba
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."



Hasan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu di anggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk



No comments:

Post a Comment