Pages

Tuesday 4 January 2011

JIN

by Ratu Intan Seribu Tahun on Wednesday, 01 September 2010 at 18:57



'Jin'ﻦﻲﺟ (jinnie)@(genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia.
Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah.Rujukan :
  • Surah al-Dzariyat : ayat 56
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
  • Surah al-an'am : ayat 130
"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan membei peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orangyang kafir"
Di antara jin ada yang mendengar al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.Rujukan :
  • Surah al-a'raf : ayat 179
"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)"


Isi kandungan
 [sorok]

  • 1 Hakikat jin
  • 2 Kewujudan jin
  • 3 Jenis-jenis jin
    • 3.1 Jin yang menggangu anak kecil
  • 4 Perihal jin
    • 4.1 Makanan jin

[sunting]Hakikat jin
Jin merupakan makhluk halus yang boleh berubah bentuk.Rujukan:
  • Sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai :
"Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh beubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"
Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf.Rujukan
  • Surah ar-rahman : ayat 15
"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api"
  • Surah al-a'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."
Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.
  • Istilah:
    • Kata Tunggal : jinni
    • Jamak : jannun / jinnatun
Umat islam mengakui kewujudan jin dan menyakini bahawa Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka. Menurut Imam al-Asy'ari dalam kitab Maqalat Ahlus Sunnah Wal-Jama'ah, jin mampu merasuk ke dalam manusia.Rujukan
  • Surah al-baqarah : ayat 275
"Orang-orang yang makan (mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan sperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila..."
Sungguhpun begitu, ada sesetengah orang sering sekali berkerjasama dengan jin dalam hal pembuatan azimat ataupun mantera-mantera walaupun bertentangan dengan keimanan dan menjurus kepada kemusyrikan.
[sunting]Kewujudan jin
Allah telah menciptakan jin terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam dan merupakan penghuni pertama ke atas muka bumi.Rujukan
  • Surah al-hijr : ayat 27
"Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia..."
Namun begitu, mereka sering melakukan kerosakan dan kejahatan di muka bumi.
[sunting]Jenis-jenis jin
Jin terbahagi kepada 2 bahagian :
  • Jin Rahmani :
    • Merupakan jin muslim
    • Terbahagi kepada beberapa bahagian, kelompok, mazhab dan golongan-golongan yang berbeza-beza.
  • Jin Syaitani :
    • Merupakan bangsa jin yang bersifat jahat atau fasiq
Selain itu kepelbagaian bentuk jin telah digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.wRujukan
  • Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :
"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"
Terdapat bangsa jin yang mempunyai kekuatan serta kecerdikan yang dikenali sebagai ifrit. Ini sepertimana diterangkan dalam al-Quran:Rujukan
  • Surah an-naml : ayat 39
"Berkata ifrit (yang cerdik) dari golongan jin : Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya"
Selain itu, jin yang bernama al-Ghilan mampu berubah berbagai rupa bentuk.Rujukan
  • Riwayat Ahmad, sabda Rasulullah s.a.w :
"Jika ada al-Ghilan yang menyamar kepada kalian (dalam bentuk apapun), maka dengungkanlah azan"
Mukhabbilat al-jin merupakan bangsa jin yang gila dan sering menyakiti serta mengggangu manusia dan mencelakanya. Manakala jin al-Hinnu adalah kalangan bangsa jin yang lemah.Rujukan
  • Riwayat Ibnu Abbas r.a :
"Anjing-anjing itu dari bangsa jin al-Hinnu. Mereka adalah kelompok jin yang lemah. Apabila mereka mendatangi makanan kalian, mereka lemparkan (makanan) untuk mereka. Kerana mereka mendapatkan (makanan itu melalui matanya)"
Begitu juga, beberapa jenis jin yang lain iaitu berupakan haiwan lain seperti kucing dan ular.Rujukan
  • Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa'i dari Abu Sa'id al-khudri, sabda Rasulullah s.a.w :
" Sesungguhnya di Madinah itu banyak jin yang telah masuk Islam. Jika kamu sekalian melihat sebahagian haiwan (ular) itu, maka azanilah tiga kali. Dan jika tetap menampakkan diri, maka bunuhlah ia"
[sunting]Jin yang menggangu anak kecil
Terdapat jin yang sering menggangu anak kecil yang baru lahir iaitu dikenali sebagai Ummish Shibyan.Rujukan
  • Riwayat Saidina Hussain r.a dari Ali Kamamallahu Wajhahu, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barangsiapa yang dilahirkan baginya anak, lalu diazani telinga kanannya, dan diiqamatkan pada telinga kirinya, nescaya Ummish Shibyan tidak mengganggunya".
  • Riwayat Abi Rafi':
"Aku pernah melihat Nabi s.a.w melakukan azan pada telinga Sayyidina Hasan dan Hussain r.a..."
[sunting]Perihal jin
[sunting]Makanan jin
Jin juga memerlukan makanan seperti juga manusia untuk memberi tenaga dan lain-lain lagi. Bahan makanannya adalah daripada api seperti wap-wap atau bau-bauan. Orang yang mengkadamkan jin sentiasa menyediakan pembakaran kemenyan untuk berhubung dengan jin. Selain itu, makanan jin juga berupa tulang-tulang dan najis binatang.Rujukan
  • Riwayat at-Tirmidzi, sabda Rasulullah s.a.w:
"Maka janganlah kamu beristinja dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu dari kalangan jin"
Najis-najis binatang digunakan untuk dijadikan bahan makanan kepada ternakan mereka.Rujukan

Kategori: Makhluk halus




  • Laman ini diubah buat kali terakhir pada 05:21, 29 Julai 2010.


No comments:

Post a Comment