Pages

Wednesday 12 January 2011

Keris hoow Liaw Bersepuh Kuprum 2


by Mohamad Rizal on Tuesday, 17 August 2010 at 23:15
 
 
Wiro sableng berlari deras dan terus melompat membuat satu tendangan padu. Namun pergerakkan itu telah dapat di baca dengan mudah oleh pemuda tadi. Pemuda tadi hanya mengelak ke sebelah kanan tendangan Wiro Sableng tersasar tapi sepantas kilat pula Wiro Sableng membuat serangan memancung ke leher pemuda tadi, serangan yang mengejut ini menyebabkan pemuda tadi tidak sempat mengelak tapi hanya mampu disangga dengan tangan kirinya sahaja. Di kesempatan ini juga pemuda tersebut telah membuat tetakan di rusuk kiri Wiro Sableng dan memasukkan tangan kirinya ke belakang tengkuk Wiro Sableng nampaknya Wiro Sableng telah terkunci malah tangan Wiro Sableng yang memancung tadi sempat di pegang oleh pemuda tadi. Rasa bangga mula mengalir dalam hati pemuda tadi sambil mengunci gerakan Wiro Sableng pemuda tadi sempat menyindir ‘inilah hikmat ke lima dari perguruan hamba yang dikenali sebagai patah dayung “ namun kegembiraan pemuda tadi hanya seketika apabila dengan mudah Wiro Sableng membuat gerakan balik kuang kedepan dengan hanya menggunakan sebelah tangan kirinya sahaja sebagai menampung badannya. Kunci tadi terbuka ini betul-betul memeranjatkan pemuda tadi. “ belum pernah ada pendekar yang membuka kuncinya dengan cara ini” gumam pemuda tadi di dalam hatinya. Akibat kelekaan itu Wiro Sableng mengambil kesempatan membuat tendangan juring kaki kanannya ke dada pemuda tadi, tapi sempat disangga oleh pemuda tadi dengan mengangkat lutut kirinya separas dada. “Cis! mujur tak kena” marah pemuda tadi pada dirinya sendiri menyesal kerana memandang rendah pada pihak lawan. “ berguna juga silat yang aku belajar di sempadan pattani ini” dalam diam pemuda tadi mengakui silat tomoi yang di pelajarinya 10 tahun yang lalu amat praktikal dalam menghadapi serangan yang bertubi-tubi, walaupun satu ketika dulu dia hanya mempelajarinya tidak bersungguh hati.

Wiro Sableng mula mengatur nafasnya kembali mencari petunjuk kalau-kalau dapat di lihat akan kelemahan pemuda tersebut. Pertarungan hebat bermula lagi serang menyerang sangga menyangga berlaku agak lama..di kesempatan yang sukar ditemui Wiro Sableng sempat membuat serangan tembi ke dada pemuda tadi namun dalam waktu yang sama juga pemuda itu sempat mengenakan pukulan emas sepukal ke dada Wiro Sableng. Kedua-dua pendekar tersebut tercampak dan terseret kebelakang. Terasa tulang dada bagaikan patah.

Pemuda tadi bangun perlahan-lahan sambil meraba keris di pinggangnya. “Nasib baik masih disini” risau benar pemuda tersebut jika keris itu terlepas dari dirinya ketika perlawanan tadi, ini jelas kelihatan pada raut wajahnya yang berkerut. Memandang sahaja keris itu Wiro Sableng seperti di panah kilat terperanjatnya bukan alang kepalang dia sangat kenal dengan keris itu malah bukan keris itu sahaja pemiliknya juga sangat dikenalinya, terus sahaja dia berlari lalu mencekak leher pemuda tadi. “ dari mana kau mencuri keris ini hah!?” sergah Wiro Sableng ..pemuda tadi semakin binggung sudah lah dia di serang tanpa usul periksa sekarang di tuduh mencuri pula. “aku bukan pencuri dan aku tidak mencurinya” jawab pemuda tadi.

Orang ramai di warung tersebut semakin ramai masing-masing mula menghampiri untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku antara dua pendekar tersebut. “bagaimana kau memperoleh keris tersebut dan siapa kau sebenarnya?” dengan nada yang keras Wiro Sableng bertalu-talu menyoal pemuda itu.

“Nama ku sepuh-sepuh hah sepuh-sepuh hih “ jawab pemuda tadi. Bila sahaja namanya di sebut terdengar orang ramai ketawa terbahak-bahak ada yang sampai terguling-guling ada yang memegang perut menahan ketawa , tak pernah mereka dengan nama begitu sebelum ini sungguh pelik dan menggelikan hati. “adapun keris ini adalah kepunyaan guru ku betaro sifu adakah kau mengenali guru ku itu” perlahan sepuh-sepuh hah sepuh-sepuh hih menjawab. Wiro sableng melepas cekakan tangannya dari leher sepuh-sepuh hah sepuh-sepuh hih sungguh nama itu amat di rinduinya sudah 3 tahun dia tidak berjumpa dengan gurunya itu. “ sebenarnya kau menyebut nama guru ku ya! Betaro sifu adalah guruku. Tapi aku amat hairan bagaimana Keris hoow Liaw Bersepuh Kuprum ini ada di tangan mu”? jawab wiro sableng sambil mengaru-garu hidungnya yang tidak gatal itu. sepuh-sepuh hah sepuh-sepuh hih tersenyum lega sekurang-kurangnya amanah betaro sifu yang pertama ini dapat di sampaikan.

“aku masing sangsi dengan kau wahai pemuda, adakah kau benar-benar murid betaro sifu dari gunung jenai atau kau mencuri keris keramat itu?” wiro sableng mula meninggi suara kembali. Terpana seketika sepuh-sepuh hah sepuh-sepuh hih apabila di tuduh begitu. “Ingatkan kan dah selesai rupanya belum lagi” bisiknya di dalam hati. “kalau begitu apa lagi yang kau mahu bukti dari aku bahawa aku memang datang dari gunung Jenai dan murid kepada betaro sifu?” soal sepuh-sepuh hah sepuh-sepuh hih . Tiba-tiba wiro sableng mula merapatkan jari-jemarinya..(bersambung)

No comments:

Post a Comment