Pages

Wednesday 12 January 2011

Tanda-tanda orang yang bersikap Ego.

by Mohamed Ibrahim Maricar on Monday, 16 August 2010 at 14:18
Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.
Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego.

Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi:
"Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku".
Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.

Mari kita lihat tanda-tandanya.

1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur.
Kalau seseorang itu diberi jawatan sama ada kecil atau besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah bersusah hati, sedangkan orang yang tiada sifat ego dalam dirinya dia akan rasa takut untuk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut kerana telah diberi kepercayaan, tetapi dia takut dan bimbang kalau-kalau gagal dalam memikul tanggung-jawabnya dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar.
Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan daripada meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.

3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang.
Dia akan merasa susah hati atau tergugat apabila orang lain memegang jawatan yang dia rasakan mampu untuk menjawatnya. Dia juga akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bahagian lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Orang yang tidak ego akan berkhidmat selagi mampu dengan tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dapat memberi sumbangan dan tidak bertentangan dengan syariat.

4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap.
Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuh pun kerana segan dimarahi ataupun kerana diperhatikan orang. Dia terpaksa membuat kerja kerana paksa rela tetapi bukan ikhlas kerana Allah.

5. Mudah marah
Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marahitu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam didalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.

6. Mudah tersinggung
Didalam sifat orang yang pemarah itu, dia jg mempunyai sifat yang  terlalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat orang lain lebih baik daripadanya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada orang yang cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akan merajuk. Kononnya nak minta orang pujuklah tu.

7. Suka Berkawan dengann orang bawahan supaya dirinya lebih menonjol.
Dalam berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau orang yang lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah untuk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh orang lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dalam sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh orang lain.

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain.
Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.

9. Dalam majlis perbincangan, tidak senang orang lain memberi pandangan.
Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.

10. Dalam majlis perbincangan, suka memotong percakapan orang lain.
Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya orang nampak bahawa dia banyak memberi pendapat dan pandangan di dalam majlis itu.

11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima.
Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerima pendapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain
Walaupun orang itu daripada kumpulan atau organisasi yang sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu tercetus bukan dari hasil usahanya apatah lagi kalau orang itu mendapat pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi
Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebihketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pastidia akan mencabar semula.

14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya.
Kalau dia membuat kerjanya akan dalam konteks yang lebih luas ruang lingkup serta peranan yang perlu dimainkan. Dia lebih gemar memperkenalkan tentang dirinya atau bahagin yang dipegangnya darirpada memperkenalkan ketuanya atau kumpulannya.

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang.
Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan Tuhan. Dia lupa bahawa Allah yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita.


No comments:

Post a Comment