Pages

Sunday 16 October 2011

Pesan Imam Ghazali


Pesan Imam Ghazali

by Mohamad Zuhairi Abd Hadi on Saturday, 22 January 2011 at 02:16
Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…  

Renungan bersama untuk kita semua serta diri saya


Soalan Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Jawab;
Murid 1 : Orang tua kita
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Surah Ali Imran : Ayat 185)


Soalan Imam Ghazali : apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Jawab;
Murid 1  : Negeri china
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Binatang-binatang

Imam Ghazali : Semua  jawapan kamu itu benar. Tapi yang paling benar ialah MASA LALU.

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh seban itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan Imam Ghazali : Apa yang paling besar di dunia ini ?

Jawab;
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU ( Surah Al Araf: Ayat :  179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,  jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


Soalan Imam Ghazali :  Apa  yang  paling berat di dunia ini?

Jawab;
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali: Semua  itu benar tapi yang  paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( Surah Al Azab : Ayat 72)

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia. Tetapi manusia dengan sombongnya berrebut-rebut menganggupi permintaan Allah swt sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Soalan Imam Ghazali : Apa yang paling ringan sekali di dunia ini?

Jawab;
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu  benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia.. kita  tinggalkan solat.


Soalan Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini ?

Jawab;
Murid- murid dengan serentak menjawab : Pedang!

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.  Kerana melalui lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan meluklai hati perasaan saudaranya sendiri.


Wallahu a'lamu bi al-shawab......

No comments:

Post a Comment