Pages

There was an error in this gadget

Friday, 7 October 2011

Perkongsian IzwanZakaria : '' Berpakaian Secara Sopan Menakutkan Wanita Barat ''


Perkongsian IzwanZakaria : '' Berpakaian Secara Sopan Menakutkan Wanita Barat ''

by Nur Yusuf Al-Quds Fillah on Sunday, 30 January 2011 at 18:04

Sebelum bersolat umat Islam wajib menutup aurat. Tanpanya, solat seseorang tidak sempurna dan dianggap tidak sah. Secara dasarnya, umat Islam yang sudah baligh, tidak kira lelaki atau perempuan wajib menutup aurat mereka mengikut batas-batas yang ditetapkan oleh agama.

Lebih daripada itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya boleh didedahkan apabila berdepan dengan mereka yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh As-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

 Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat dan tidak menjolok mata. Hamka di dalam Tafsir al-Azhar berkata, "Tidaklah semua pakaian barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan negeri kita dapat diterima. Kebaya jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam".

Di sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah. Ia bukannya lambang penindasan bagi wanita. Beberapa golongan di barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya.

Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. 


Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalamToronto Star bertarikh 23 Januari 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata, "Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.

Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, 'Mengapa mereka berpakaian begitu? Saya bersimpati dengan mereka!' Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.

Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk?

Selepas kami berbincang isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.

Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen. Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka bangga dengan apa yang mereka miliki. Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam.

 ·  · Share

No comments:

Post a Comment