Pages

Thursday 13 October 2011

USAH MENUNJUK-NUNJUK.....


USAH MENUNJUK-NUNJUK.....

by Abu Zarr on Friday, 13 August 2010 at 15:44
 Salam Jumaat kepada semua. Indah sungguh hari penghulu segala hari ini. Dengan segala amalan baik diganda2 kan pahalanya, dan berkat bulan Ramadhan, inilah Jumaat pertama Ramadhan 1431H. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik daripada sebelumnya.
Ini peringatan ringkas kepada diri sendiri dan sesiapa yang membaca. Semoga dapat berkongsi sedikit manafaatnya jika ada. Dalam bulan yang penuh dengan Rahmat dan Baraqah ini, selesai seminggu berpuasa Ramadhan, boleh kita buat self-check, semakan awal, selesainya minggu pertama, seperti yang telah dijanjikan, hari2 Ramadhan akan berlalu dengan pantas, dan melepaslah kita dengan peluang jika tidak diambil kesempatan, dan tahun 1432H belum tentu kita mendapat peluang Ramadhan lagi.

Dalam kita menghidupkan hari2 dan malam2 Ramadhan, kita mestilah buat secara bermujahadah : bersungguh- sungguh. Kepenatan (jika terasa sakit urat, sendi, lutut dsbnya) insyaallah akan dibalas dengan sebaiknya seperti firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69.
Kita juga perlu ada al-himmatu wal aziimatu : semangat dan keazaman yang tinggi. Kata seorang ulama terkenal " Allah memberi taufiq dan pertolongannya mengikut niat, semangat dan kehendak hambaNya. Di samping itu, kita juga di gesa untuk buat at-tanaa phasu : berlumba-lumba melakukan amalan.

Berhubung dengan berlumba-lumba melakukan amalan ini, ada segelintir ahli masyarakat yang bukan sekadar tunjukkan apa amalan yang mereka lakukan, malahan mereka seperti menunjuk-nunjuk lah pula. Bila dibuat majlis penyampaian sumbangan kepada rumah anak2 yatim (mereka memang murah rezeki bulan Ramadhan ni) kenapa perlu di panggil semua wakil media yang ada (dan memang wakil media datang kerana tugas dan ada berbuka puasa selepas itu).

TAMBAHAN NOTA: ADA SEDEKAH (SUMBANGAN) YANG MEMANG DI SUNATKAN UNTUK DI TUNJUK DAN DI TUNJUK-TUNJUK IAITU BAYARAN WAJIB SEPERTI SEDEKAH DAN SUMBANGAN KE JALAN ALLAH – DERMA MENDIRIKAN MASJID DSBnya. DENGAN TUJUAN MENGINGATKAN ORG LAIN (YANG BELUM BERZAKAT) DAN MENAIKKAN SEMANGAT ORG LAIN UNTUK BERBUAT PERKARA SAMA.

AKAN TETAPI: Sedekah peribadi kepada seseorang, individu yang memerlukan, yang secara fitrahnya dia merasakan martabatnya rendah kerana terpaksa meminta, atau mereka tidak pun meminta-minta tetapi kita tahu mereka ini golongan yang memerlukan, maka sedekah secara individu sebegini, di sunatkan untuk dibuat secara diam-diam, sehingga ada hadis yg maksudnya seolah-olah tangan kanan memberi tangan kiri pun tidak tahu. Dan sedekah / sumbangan sebegini haruslah segera dilupakan, supaya tidak terungkit2 nanti
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment