Pages

Monday 3 October 2011

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita


19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita



by Aura Bee on Thursday, 10 February 2011 at 22:44
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan
hal tersebut, jawab Baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT 
 mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah SWT.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang
takutkan Allah SWT, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
 memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SWT, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah SWT, "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SWT, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SWT)
di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment