Pages

Wednesday 12 October 2011

Kerana Merasa Lebih Mulia.


Kerana Merasa Lebih Mulia.




by Nor Fauzani on Friday, 21 January 2011 at 09:13
Kerana kita merasa lebih mulia,
Kita merasa puasa kita lebih sempurna
Malah memandang rendah pada yang menjamu selera
Kerana merasa hebat menahan lapar dan dahaga

Kerana kita merasa lebih mulia,
Kita merasa tahajjjud kita lterlalu istimewa
Malah memandang sinis pada yang sedang lena
Kerana merasa munajat kita lebih diterima

Kerana merasa lebih mulia,
Kita bahagia dikelilingi sahabat sefikrah
Malah memandang rendah pada yang melawan fitrah
Kerana senang punyai sahabat yang hadam erti ukhuwwah

Oh kerana merasa diri mulia,
Kita senang berjalan dilitupi pakaian yang cukup syaratnya
Malah jelek melihat mereka yang terbuka di sini sana
Kerana kita merasa diri lebih terpelihara

Kerana kita merasa lebih mulia,
Kita gembira melaksanakan kerja Islam sepanjang masa
Malah benci melihat sahabat yang rehat seketika
Kerana kita merasa diri lebih ikhlas dalam amal keranaNya

Kerana merasa lebih mulia,
Kita ralit menatap buku tanpa jemu
Malah jengkel dengan yang berhibur tanpa malu
Kerana merasa ilmu kita sudah menderu-deru

Kerana kita merasa diri lebih mulia,
Kita leka Perintah Tuhan Yang Esa
Menjaga hati dari merasa selesa dengan hidup sempurna
Takut-takut kita diheret ke dalam Neraka
Hanya kerana di dunia
Kita merasa lebih mulia

-puisi peringatan buat diri dan sahabat

(Halaqah CintaNya, KUIS)


No comments:

Post a Comment