Pages

Monday 3 October 2011

Motivasi Diri? Mengapa harapkan motivator bangkrut...anda sendiri kenal potensi diri anda


Motivasi Diri? Mengapa harapkan motivator bangkrut...anda sendiri kenal potensi diri anda

by Alam Sengketa on Friday, 11 February 2011 at 09:14
Contoh mudah, anda mungkin berusia awal 30-an atau 40-an, sepanjang usia anda sebenarnya telah mengetahui potensi diri anda sejak bangku sekolah lagi atau mungkin lebih awal lagi.

Anda mungkin anak orang susah, anda telah sedar anda perlu berubah, dan ibubapa anda tidak mahu anda mewarisi kesusahan itu. Mereka mungkin menyatakannya kepada anda atau tidak ataupun mereka terus berusaha menyediakan keperluan kehidupan dan pelajaran anda semampu mungkin. Pada saat itu anda sedar akan kesusahan keluarga, anda berazam untuk berubah, apa yang anda lakukan? Anda mungkin cuba belajar menjadi lebih baik, cuba berjaya dalam peperiksaan dan cuba membantu ibu bapa. Soalnya tahap mana anda mampu pergi? Dengan kesabaran dan kesungguhan yang anda ada, anda mungkin lebih berjaya dari ibu bapa anda. Anda mungkin tidak menyangka di mana anda berada di masa ini.  Bukankah ini bermaksud anda telah mengenal keadaan dan potensi diri?

Anda anak orang ada-ada (berada la tu..). Anda sedar bila anda buka mulut sahaja meminta itu ini, dengan segera kemahuan anda dipenuhi. Nah, mudahnya hidup anda. Soalnya anda mahu jadi orang yang berguna atau anda mahu jadi orang tak berguna. Inikan anda sudah mengenal situasi diri dan potensi diri?

Anda sekarang bekerja dengan kerajaan. Apa jua pun jawatan anda, cukup 25 haribulan anda dapat gaji. Anda rasa anda boleh naik pangkat dengan belajar separuh masa, anda cuba. Soalnya anda sudah tahu potensi diri anda. Mengapa mengharap motivator bangkrut untuk menyebabkan anda bertindak?

Anda sekarang bekerja swasta. Anda rasa gaji anda tidak berapa cukup. Maka anda cuba menyertai MLM untuk menambahkan pendapatan anda. tapi anda sebenarnya tak berapa suka nak memujuk-mujuk orang menyertai anda dan menjual barang yang anda rasa tak berguna pun. Anda cuba merekrut saudara-mara. Anda telepon mereka hampir setiap hari untuk mereka mendapatkan dowline. Soalnya mereka sertai anda atas dasar kesian atau apa? Akhirnya mereka senyap sahaja dan downline anda putus di situ sahaja. Anda pun jadi patah hati. Bila ada kenduri-kendara, anda sendiri jadi malu dengan mereka. Soalnya anda sudah tahu potensi diri anda sekarang.

Anda sekarang rasa anda perlu memotivasikan diri anda. Anda mendengar di TV3, TV9 dan sebagainya mengenai mengenali "Rahsia Tarikh Lahir". Anda cari di di Internet. Anda jumpa ini:

[[[[[[[[   Dr. Azizan Osman


Siapakah anda?
Apakah tujuan sebenar hidup anda?
Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda?
Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu anda perbaiki?
Bagaimana anda boleh lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan anda?
Kerjaya atau perniagaan yang bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda?
Bagaimana anda boleh hidup lebih baik daripada sekarang?
Bagaimana anda boleh mengatasi masalah kebocoran wang”?
Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda?    ]]]]]]]



Anda mula terfikir:

Siapakah anda? Saya la..
Apakah tujuan sebenar hidup anda? Ntah...
Apakah potensi serta bakat sebenar diri anda? Saya lulusan univeristi...saya ada kerja sekarang ini..
Apakah kekuatan atau kelemahan yang perlu anda perbaiki?  Biasa la. Mana ada orang tak ada kelemahan..
Bagaimana anda boleh lebih berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan anda? Saya rasa saya tahu..
Kerjaya atau perniagaan yang bagaimanakah yang sesuai dengan perwatakan anda? saya rasa nak buat sesuatu..
Bagaimana anda boleh hidup lebih baik daripada sekarang? Bagaimana?
Bagaimana anda boleh mengatasi masalah “kebocoran wang”?  Tak pernah pulak bocor, semuanya dibayar untuk keperluan atau sesuatu yang saya ingini...
Bagaimana anda boleh mencapai hampir semua impian hidup anda? Tak terasa pun nak jadi jutawan...tak perlu la..

Soalnya anda mula mencari-cari siapa Dok Azizan ini. Anda mulakan dengan internet semula. Ada yang baik ada yang buruk. Soalnya di mana beliau mendapat ijazah? Ye la, nak dimotivasikan pun mestila oleh pakar motivasi berkelulusan tinggi. Walaupun 60 ringgit je. Duit jugak tu..

http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/Dr%20Mickey%20Mouse

Sekali, cheh! Tak Guna! dia ini beli sijil PhD di Gordon University yang tak wujud. Macam mana Kaum SeBangsaku terpedaya ni. Kalau ye pun nak so called 'Aura Positif' nak jadi jutawan, tengok2lah jugak. 

Kalau dia tak ada title 'Dr' tu adakah anda teringin menyertai porgram dia? Anda tanya diri anda mana nilai ilmu. Jika dia tak ada doctorate pun anda pun boleh jadi lebih baik daripada dia. Lebih2 lagi dia hanya menipu mempergunakan title tersebut.

Anda gelak dalam hati. Anda kata "Ha3X...dah tua bangka pun tak kenal potensi diri sendiri"

Dalam bahasa mudahnya anda "Sedar ke diri dan kenal diri" tak perlu Motivator Bangkrut yang mempergunakan title 'Dr.'nya...

No comments:

Post a Comment