Pages

Thursday 13 October 2011

Panduan Berforum dari al-fikrah net


Panduan Berforum dari al-fikrah net

by Sahar Samsudin on Friday, 13 August 2010 at 19:00
Post subject: Panduan Berforum Posted: Mon Sep 01, 2008 1:07 pm

1. Mulakan setiap posting dengan menyebut nama Allah kerana kesannya boleh melembutkan hati dan membantu melancarkan proses pembelajaran.
2. Membalas ucapan Salam daripada penulis dengan menulisnya di posting anda dan bukan hanya menjawabnya secara lisan.
3. Jika ucapan Salam anda tidak dijawab, janganlah berasa kecewa dan carilah alasan untuk saudara anda itu kerana kemungkinan beliau tidak perasankan ucapan salam tersebut, atau terlalu disibukkan dengan membaca topic tersebut atau mungkin beliau menjawabnya tanpa menulisnya.
4. Adalah lebih baik untuk menulis Salla Alih wa sallam secara penuh jika dibandingkan dengan menulisnya secara ringkas atau ‘abbreviated’.
5. Mengucapkan du’a kepada mereka yang menjawab posting anda atau sesiapa yang memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada anda walaupun ianya tidak sampai ke tahap yang anda kehendaki. Walau bagaimanapun, elakkan daripada memberikan du’a anda secara ‘selective’, contohnya memberikan du’a kepada mereka yang menjawab anda secara tepat tetapi tidak kepada mereka yang memberikan jawapan lain. Sikap sebegini boleh mendukacitakan saudara kita dan Syaitan akan sentiasa sahaja mengambil kesempatan atas situasi sebegini.
6. Tidak mempermainkan atau memperlekehkan apa yang dikatakan oleh orang lain walaupun ianya kelihatan seperti tidak menjawab persoalan anda atau tidak ada nilainya. Adalah penting untuk kita memperingatkan diri kita bahawa hak saudara kita adalah untuk kita menghormatinya dan tidak memperlekehkannya dalam apa jua bentuk sekalipun.
7. Sentiasa sahaja memanggil sesama sendiri dengan panggilan yang melembutkan hati seperti ‘Saudaraku yang dikasihi’ atau ‘Tuan yang dihormati’ dan sebagainya.
8. Sentiasa sahaja berikan setiap saudara kita apa yang hak dan jangan memperkecilkan mereka. Berbicara dengan setiap orang sesuai dengan taraf yang dimiliki.
9. Jangan berasa kecewa atau marah jika ada sesiapa yang memanggil anda dengan panggilan yang tidak sesuai untuk taraf anda, dan sentiasalah berada dalam keadaan rendah diri. Sentiasalah mencari alasan untuk orang lain atas apa sahaja yang kita rasakan seolah-olah memburukkan kita, seperti kemungkinan saudara kita itu tidak mengetahui akan latar belakang kedudukan kita.
10. Sentiasa sahaja ‘review’ posting kita sebelum submit dan selepas submit untuk diedit bilamana perlu kerana kesalahan fatal sungguh melukakan mata para penuntut ilmu dan imuwan.
11. Kesilapan yang paling fatal adalaha apabila seseorang melakukan kesilapan dalam menulis ayat al-Quran atau mengeja nama Allah atau nama Nabi-nabi atau sebagainya. Ada ketikanya moderators tidak perasankan kesalahan-kesalahan tersebut dan tidak dapat edit seperti yang sepatutnya.
12. Adalah baik jika kita memberikan perrhatian kepada penggunaan tanda-tanda seruan seperti ?? dan !! kerana jika tidak diletakkan di tempat yang betul, maksud yang ingin disampaikan akan hilang. Juga, tanda-tanda seperti itu meletakkan perasaan seperti marah atau mencela sedangkan pada ketika anda tidak memaksudkannya.
13. Adalah baik jika kita dapat cuba memahami perbezaan daripada segi adat dan tradisi yang pelbagai kerana sebahagian orang mempunyai bahasa yang agak keras sedangkan sebahagian yang lain mempunyai bahasa yang agak lembut.
14. Adalah baik jika kita dapat membuat sedikit research tentang topic yang kita ingin letakkan kerana kemungkinan besar topic tersebut sudah banyak dibincangkan. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga supaya masa dan tenaga tersebut dapat disalurkan ke tempat yang lebih baik.
15. Elakkan daripada meletakkan topic di pelbagai section untuk mengelakkan manfaat daripada perbincangan topic tersebut terganggu.
16. Elakkan daripada meletakkan link kepada website yang menggalakkan bid’ah dan menggalakkan prasangka kerana manusia adalah lemah dan mudah terjatuh dalam perangkap kesamaran. Jika ada keperluan, quote apa yang anda perlukan dengan tidak menyertakan link nya.
17. Ambil masa untuk membaca dan memahami sesuatu topic. Jangan tergesa-gesa untuk menjawab kerana kita tidak mahu jawapan kita itu lari daripada topic dan sumbangan kita itu menjadi sia-sia.
18. Jangan terburu-buru memberikan fatwa kerana kita tidak ada kelayakan untuk memberikan fatwa. Nyatakan fatwa daripada ulama mana yang anda ambil. Jika anda tidak dapat mengenal pasti dengan tepat sumbernya, elakkan daripada bergantung sepenuhnya dengan memori.
19. Elakkan daripada memberikan pendapat peribadi anda dalam mengupas sesuatu fatwa seperti berkata, “Ini yang saya lakukan…” atau “Ini pendapat saya…” kerana apa yang kita lakukan dan ikut yang tidak ada dalil dan bukti adalah tidak sah terutamanya jika kita hanya menggunakan nick name.
20. Elakkan daripada memberikan ‘unrelated comments’ kecuali ianya membawa manfaat seperti untuk menggalakkan si penulis atau untuk memberikan kehangatan kepada silaturrahim.
21. Jika dalam kesolehan dan berhati-berhati itu perlu dalam bidan Fiqh, ianya amat diperlukan lagi dalam bidang Aqidah. Oleh itu, berhati-hatilah daripada memberikan posting yang boleh membingungkan orang-orang Islam.
22. Adab dalam berilmu menyuruh kita supaya mendedahkan sumber rujukan sebanyak mungkin sekerap mungkin. Salah satu nilai keilmuan itu ialah dengan menyertakan rujukan kepada sesiapa yang menyatakannya. Ini akan menguatkan lagi kajian anda dan memberikannya kredibiliti yang lebih.
23. Akhlak yang paling baik dan paling utama adalah untuk berpegang kepada manhaj ahlu alsunnah wa al-jama’a dalam kita menulis, bertanya, menjawab, dalam gaya pembawaan dan kandungan, dan dalam kaedah dan keputusan. Ini adalah perlu supaya manhaj golongan para bid’ah akan lenyap dengan kita mengabaikan dan tidak menghiraukan mereka, dan Allah adalah sebaik-baik Penolong. 24. Bersikap rendah diri dan berlemah lembut dengan sesame saudara semuslim, dan bersikap sabar jika ada yang membuatkan kita marah kerana inilah petunjuk daripada Nabi kita (salla ALlh a’lih wa sallam).
25. Jangan bercakap mengenai orang lain kecuali ianya adalah perlu dan jangan berlebih-lebihan. Bincangkan hanya apa yang menyentuh topic tanpa berlebihan dan sentiasa memegang niat untuk memberikan nasihat kepada orang lain kerana Allah semata-mata.
26. Jangan berasa gembira jika pihak lain melakukan kesilapan walaupun pihak tersebut melawan pendapat anda.
27. Sebutlah nama saudara yang kita tujukan posting kepadanya seperti, “Jawapan kepada saudara fulan..”
28. Jangan letak posting menggunakan tajuk-tajuk misteri semata-mata hanya untuk menarik ramai pembaca.
29. Adalah baik jika kita tidak menyebut-nyebut nama guru kita berulang-ulang dan berkali-kali.
30. Jika ingin menasihati, lakukanlah secara rahsia.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment