Pages

Sunday 23 January 2011

Amaran: Ulamak Yahudi Di Israel Minta Hujan


by Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia) on Saturday, 27 November 2010 at 12:48
 
 

Angkatan Risik Timur Tengah (Dinar-Emas.COM)
TEL AVIV -
Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun
selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan
akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi,
Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa
untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.

Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini.
Kelmarin,
kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee
untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama
di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara
untuk meminta hujan turun kelmarin.

Pada Isnin ini,
mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara
supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.
Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan
akan berterusan sehingga permulaan Disember.
Dua minggu lalu,
pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa
untuk meminta hujan di kampung Wallaja.



Nota:
Dengan kehadiran kes ini,
Tasik Galilee akan semakin deras untuk cetek !!!
Dengan kecetekan Tasik Galilee, maka tempoh kemunculan 3 pemimpin akhir zaman
semakin dekat dengan kita !!!
Dan...!!!
Terdapat 1 hadis sahih mencatatkan & nampaknya pasti terjadi di zaman kita:

====================================================
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-
“Pada suatu hari,
Rasulullah saw datang ke rumahku.
Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata;
3 tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan.
Pada tahun 1 langit menahan 1/3  air hujan dan bumi menahan 1/3 tumbuhannya.
Pada tahun 2 langit menahan 2/3 air hujan sedangkan bumi menahan 2/3 tumbuhannya.
Pada tahun 3 langit menahan 3/3 hujannya, begitu juga bumi menahan 3/3 tumbuhannya.”
=====================================================

Sudahkah anda bersedia ?
Mainlah facebook lagi dan teruskanlah kelekaan anda...
Masa dah dekat sedangkan anda pula memperlekehkan pesanan ini.
Berapa ramai dari anda bertindak selepas mesej2 ini diapungkan ?
Wassalam.

12:45 pm
27 November 2010
Sabtu
( Waktu Tanah Melayu )

Forum: www.Dinar-Emas.com
Kedai: www.Dinarmas.com

· · Share

No comments:

Post a Comment