Pages

Monday 24 January 2011

ASAL USUL API DI DUNIA

From the album:
Mobile Uploads by Wak Dol






ASAL USUL API DI DUNIA

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam a.s. dihantar ke dunia kerana
memakan buah larangan, maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril
a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk
kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril a.s. pun diperintahkan untuk meminta
api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma. ..
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah
untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja
dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api
neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah
sungai.
Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di
atas sebuah bukit yg tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut,
tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat
Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya
sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita
gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yg terpaksa disejukkan
dalam 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Wallahu'aklam.

perkongsian dari e-mail.
Jika nak share dipersilakan, tidak perlu minta izin.
Jika nak tambah pon silakan.insyaAllah, mudahan bermanfaat.

salamun'alaikum...

No comments:

Post a Comment