Pages

Sunday 23 January 2011

100 HADIS DHA'IF DAN PALSU YANG MASYHUR DI KALANGAN MASYARAKAT


by Mahmud Bukhari Mohd Tumiran on Tuesday, 23 November 2010 at 07:53
 
 
100 HADIS DHA'IF DAN PALSUYANG MASYHURDI KALANGAN MASYARAKAT

Inilah koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi. Telah selesai usaha penterjemahan ke BahasaMelayu pada 9/3/2003.Penterjemahan koleksi 100 hadis dha'if dan palsu ini telah dilaksanakan secarabertahap-tahap di diskusi al-ahkam.net. Perbincangan mengenainya boleh dibaca disini:Tujuan penterjemahan Koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu ini adalah untuk mendidikdiri kita sendiri agar berhati-hati terhadap periwayatan Hadis Dha'if dan Palsu. Disamping itu ia juga akan cuba disebarkan kepada orang ramai melalui media internet,samada melalui web, forum, senarai mel atau sbgnya. Tujuannya adalah untukmendidik masyarakat serta memberi peringatan kepada mereka tentang mara bahayaHadis Dha'if dan Palsu. Agar mereka dapat menjauhkan diri dari meriwayatkannyadan mengamalkannya.Usaha penterjemahan ini juga adalah atas dorongan dan galakan dari semua ahlidiskusi al-ahkam.net.Kredit kepada semua ahli diskusi dan para moderator al-ahkam online.Terjemahan Hadis no 1 hingga 56 telah dilakukan oleh saya dengan segalakekurangan dan kelemahan.Manakala Hadis 57, 58, 59 dan 60 telah diterjemahkan oleh al-Ustaz Pendekar.Dan, Hadis 61 hingga 100 telah diterjemah oleh saya dan juga ustaz Khairul Abrar.Apa yang diharapkan ialah, para pembaca tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraandunia dan akhirat ke atas para penterjemahnya, penyusun asalnya dan kepada semuayang terbabit.

Penterjemah:zain y.shttp://al-ahkam.com.my

Ini adalah 100 buah hadis Dha'if dan Maudhu' yg tersebar luas di kalangankhatib/penceramah/pendakwah. Hadis Shahih sudah memadai tanpa perlu mengambilhadis Dha'if.

1. Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidakakan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil &tidak sah dari sudut sanad dan matan)

2. Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimanabinatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)

3. Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Danberamallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani:Tidak sah dari Nabi s.a.w.)

4. Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)

5. Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)

6. Ertinya: Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yangberkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu.(Albani: Maudhu')

7. Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak.Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yangtumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)

8. Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia.Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani:Maudhu')

9. Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku disisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

10. Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMudan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadapwajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)

11. Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidakmengenalinya).

12. Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Makajanganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

13. Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telahmemalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)

14. Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnyadia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')

15. Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')

16. Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)

17. Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pastiakan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')

18. Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenalituhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')

19. Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad ygtsabit)

20. Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alimsemuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramalsemuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlassemuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')

21. Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)

22. Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, makakamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)

23. Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)

24. Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)

25. Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)

26. Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannyaitu adalah benar. (Maudhu')

27. Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkanArasy. (Maudhu')

28. Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')

29. Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh darineraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia danhampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripadaseorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)

30. Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalahbahasa Arab.

31. Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin.Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak10 kali. (Maudhu')

32. Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')

33. Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan dimasjid. (Dha'if)

34. Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat denganhamba-hambaNya. (Maudhu')

35. Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)

36. Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah.Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana.Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)

37. Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')

38. Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akanditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).

39. Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dariAllah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukandari kalangan mereka. (Dha'if)

40. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikankepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

41. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikankepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

42. Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan diiqamahdi telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin.(Maudhu')

43. Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan,maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)

44. Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka diamendapat pahala mati syahid. (Dha'if)

45. Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismailbin Ibrahim a.s.) – (Tiada asalnya)

46. Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihatkepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)

47. Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satusembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebasdari sifat munafiq. (Dha'if)

48. Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)

49. Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Diabernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedangdiazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakinikebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')

50. Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')

51.Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')

52. Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)

53. Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dariAllah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')

54. Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanyaakan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat.(Maudhu')

55. Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takutkepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akanmenjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)

56. Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidakbersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)

57. Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (HadistMaudhu’)

58. Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya,maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata:Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah. Kerana dia (si mati) itu akan mendengarnya.Hendaklah yang bangun itu berkata lagi: Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah.Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk. Sebutkanlah apa yang telahmenyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah LA ILAHA ILLAHWAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Hadis ini Dho’ief)

59. Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orangyang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yangbersederhana. (Hadist Maudhu’)

60. Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunyaataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihantersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’untuk ditanam. (Hadist Maudhu’)

61. Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')

62. Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan dimana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnyasebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)

63. "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" MakaJibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkanjahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih.Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahunsehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannyaselama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)

64. Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnyabanyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dansesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)

65. Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh,maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)

66. Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketikaseorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain.(Maudhu')

67. Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapidengan sesuatu yang hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)

68. Tahiyat Ka'bah adalah tawaf. (Tiada sumbernya)

69. Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya diaberada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling,Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahuberpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? AnakAdam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaikbaikyang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)

70. Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allahmengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari sertamemberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Diadiperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-duatangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak keduatangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehinggaberlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. Rasulullah s.a.w.bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah Allah itu tertidursudah pasti langit dan bumi tidak terkendali. (Dha'if)

71. Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis.Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akanmemberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya. (Dha'ifJiddan/sangat lemah)

72. Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung. (Maudhu')
73. Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apayang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan. (Maudhu')

74. Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaimana.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)

75. Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudiandatang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)

76. Nabi s.a.w. telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yangkentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. KemudianRasulullah s.a.w. bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah.Sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata:"Wahai Rasulullah s.a.w., apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu'semuanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Bangunlah kamu sekelian danberwudhu'lah." (Bathil)

77. Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya:Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya danberkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagaisatu denda (dikeluarkan secara paksaan). (Dha'if)

78. Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan. (Maudhu')

79. Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya Allah mencintai seorangmukmin yang mempunyai pekerjaan. (Dha'if)

80. Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surahal-Rahman. (Munkar)

81. Penghulu kepada suatu kaum itu ada khadam kepada mereka. (Dha'if)

82. Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)

83. Umaiyah bin Abi Shalt, syairnya beriman tetapi hatinya kafir. (Dha'if)

84. Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan.Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimanayang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi. (Dha'if)

85. Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang.(Dha'if Jiddan)

86. Bersegeralah beramal sebelum berlaku tujuh perkara: Adakah kamu menunggusehingga jatuh sakit yang membinasakan, tua nyanyuk, atau kekayaan yangmenjahanamkan, atau kefaqiran yang melarat, atau kematian mengejut, atau datangdajjal iaitu sejahat-jahat perkara ghaib yang ditunggu, atau datangnya kiamat, iaituperkara yang paling dahsyat sekali (Dha'if)

87. Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka. (Dha'if)

88. Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengannur Allah. (Dha'if)

89. Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yangmenghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal. (Dha'if Jiddan)

90. Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)

91. Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnyaadalah istighfar. (Maudhu')

92. Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)

93. Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsahdibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasaseumur hidup. (Dha'if)

94. Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.(Maudhu')

95. Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)

96. Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hambamengucapkan: Thala'al Badru Alaina…..(Dha'if)

97. Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana apimembakar kayu. (Dha'if)

98. Allah S. W. T telah berfirman: Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku. AkulahRaja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan-Ku. Sesungguhnyaapabila hambaKu mentaati-Ku, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihanbelas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkari-Ku, Akuakan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka.Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan danpenderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalahlebih baik kembali mengingati-Ku dan merayu kepada-Ku supaya Aku dapatmelindungimu daripada kekejaman mereka. (Dha'if jiddan)

99. Hadis azan dan iqamah di telinga bayi. (Dha'if jiddan)

100. Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabiladia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya. (Dha'if)

-sebar2kan-
Share

No comments:

Post a Comment