Pages

Sunday 23 January 2011

AKHWAT SEJATI.... (ENGKAU MEMANG CANTIK=Burhan Sodiq)


by Tinta Islami on Sunday, 14 November 2010 at 10:59
 
 
1. Akhwat Sejati bknlah dilihat dari wjhnya yg manis dan menawan, tetapi drpd kasih sayangnya pada saudaranya dan org di sekitarnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamerkan kpd siapapun, kecuali pd mahramnya. Dia sentiasa ghadul bashar dan menjaga kemaluan, diri, keluarga serta agamanya.

2. Akhwat Sejati bknlah dilihat drpd suaranya yg lembut dan mempersona, tetapi drpd lembut dan tegasnya tutur dlm mengatakan kebenaran. Dia yg sentiasa menjaga lisan dari ghibah dan pantang membuka iab saudaranya. Dia yg memahami dan merasakan betul bahawa Allah SWT senantiasa mengawasi segala tindak-tanduknya.

3. Akhwat Sejati bknlah dilihat drpd liuk gemalainya kala dia berjalan, tetapi drpd sikap bijaknya memahami keadaan dan persoalan-persoalan. Dia yg sentiasa bersikap tulus dan membina persahabatan dgn sesiapa pun di mana berada. Tdk ada istilah "cemburu buta" dlm kamus hidupnya. Dia sentiasa merasa cukup dgn apa yg Allah SWT anugerahkan untuknya, juga dgn nafkah yg diberikan oleh suaminya. Tdk pernah menuntut apa-apa yg tdk ada kemmapuan pd sang suami. Sabar adalah aura yg terpancar dari wajahynya Sifat tawadhu' adalah pakaian yg sentiasa dia pakai sepanjang masa.

4. Akhwat Sejati bknlah dilihat drpd bagaimana dia menghormati dan menyayangi org-org di tmpt kerja, tetapi drpd tatacaranya menghormati dan menyayangi siapapun dan di manapun tanpa memandang status yg disandangnya. Dia yang dilihat menyejukkkan mata dan meredupkan api amarah. Baiti jannati selalu diusahakan dlm alur kehidupan rumahtangganya. Menyokong dakwah suami dan berbakti mengurus generasi yang berjiwa Rabbani.

5. Akhwat Sejati bknlah dilihat drpd byknya ikhwan yang memuji dan menaruh hati padanya, tetapi dilihat drpd kesungguhannya dalam berbakti dan mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Dia yang selalu menghindari sesuatu yang syubhat. Akhwat Sejati bknlah dilihat drpd pandainya dia merayu dan banyaknya airmata yang menitik, tetapi daripada ketabahannya menghadapi liku-liku kehidupan.

6. Akhwat Sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al-Qur'an dan banyaknya Hadis yang dihafal. tetapi daripada keteguhan dan istiqamahnya mengamalkan kandungan dari keduanya. Dia selalu berusaha mengajarkan kepada yang belum memahaminya. Al-Qur'an dan As-Sunnah dijadikannya sebagai cahaya serta panduan dalam menelusuri lorong-lorong gelap dalam hidupnya.

7. Akhwat Sejati bukanlah dilihat daripada tingginya gelaran yang disandang serta luasnya wawasan ataupun lincahnya ia bergerak, tetapi tingginya ghairah dan azam untuk menguasai ilmu Allah dan mengamalkan syariat secara murni dan berkesinambungan. Ilmu yang bermanfaat adalah tonngkat yang dipegang. Menjadi akhwat sejati, nescaya akan membuat iri dan cemburu pada bidadari, menjadi dambaan bagi mereka para insan yang berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bagi mereka para pemilik ruh dakwah dan jihadiyah, serta para hamba Allah SWT yang tidak tertipu oleh gemerlapannya dunia yang sementara....

Menjadi Akhwat Sejati,

Seperti Khadijah, Aisyah, Hafsah, Maimunan, Shafiyah, Fathimah Az Zahra, dan para shahabiyah radiyallahu'anha ajma'in.

~ SEORANG MUSLIMAH dilahrikan ke dunia ibarat sebutir permata, apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya. Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri. Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bistari. Seorang Muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka, menjadi ibu kepada puteri putera dan menjadi pertiwi seisi buana. ~

Mampukah aku menjadi seperti KHADIJAH? , agung cintanya pada Allah dan Rasulullah. Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah. Penawar hati kekasih Allah, susah senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwaku seperti AiISYAH? Isteri Rasulullah yang bijaksana, pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan.
Tiada sukar untuk dilaksanakan lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang.
Mengalirkah airmataku melihat pengorbanan puteri solehah Rasulullah, FATIMAH. Akur dalam setiap perintah. Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang. Tiada sebarang harta dunia, layaklah dia penghulu wanita syurga.
Ketika aku marah, ingin kutitip serpihan kesabaran dari catatan hidup SITI SARAH. Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalam keunggulan iman. Bersebar indah, harum tersebar bagai wanginya pusara MASYITAH.

~ Muslimah Yang Dikasihi ~
Peliharalah solatmu, tundukkan pandanganmu di hadapan lelaki yang bukan mahrammu...
Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah, moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh
bidadari Syurga,,, Ainul Mardhiah

Peliharalah auratmu walau di mana kau berada.Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bkn mahrammu.
Berakhlaklah dgn panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya, pasti engkau yg bahagia. Sejuk mata memandang, bercahaya dunia dgn hiasan muslimah solehah sepertimu. Jadikanlah dirimu seperti permata yg berharga di celah kaca. Ikuti perintah agamamu, jauhi larangannya. Al-Qur'an dan Hadis panduan dan sumber rujukan hidupmu.

Jgn biarkan dirimu hanyut dgn arus kemodenan, tanpa bekal ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada, moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jgn kail panjang sejengkal lautan dalam hendak di duga. Nilai cintamu pada Allah Yang Satu. Kasihi Tuhanmu, Redhailah Islam menjadi agamamu. Berkat kasihmu pada Allah Yang Satu. Moga bertambah redha Allah padamu. Letakkan kasih dan cinta kpd Allah, kelak akan ada insan yang menantimu kerana Allah.
AAAMIIIINNNNN.............


YA ALLAH, PEMILIK NYAWAKU, PEMEGANG HATI-HATI KAMI, HAMBAMU.
JANGAN KAU BOLAK-BALIKKAN HATIKU. SUBURKAN JIWA-JIWA DAN HATI-HATI KAMI DENGAN SIRAMAN TAUFIK DAN HIDAYATMU. YA ALLAH YA TUHANKU, JADIKAN AKU BUNGA PARA MUJAHID. BUNGA IDAMAN AGAMA. AKU MAHU KELOPAKKU INDAH TANPA SEDIKITPUN KOTORAN.  JADIKAN AKU NISA' SOLEHAH, WANITA MUKMINAH!
Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal 'Alamin.

· · Share

No comments:

Post a Comment