Pages

Thursday 6 January 2011

MALAYSIA NEGARA ISLAM ATAU TIDAK?

MALAYSIA NEGARA ISLAM ATAU TIDAK?

by KELAB UMNO-PAS on Tuesday, 24 August 2010 at 12:03


DEFINISI NEGARA ISLAM Menurut Ulama Mutabar :
Olehkerana tidak dinyatakan dalam Al-Quran atau As-Sunnah, konsep negaraIslam termasuk dalam perkara perkara ijtihadiyah iaitu hasil kefahamanulama yang berkenaan.
Antara pandangan ulama mengenai negara Islam adalah :
a)Menurut Muhammad bin Hassan As-Syaibani (ulama terkemuka dari mazhabHanafi), negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam danorang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.
(PerlembagaanMalaysia Perkara 32 dan 39 memperuntukkan ketua negara iaitu Yangdi-Pertuan Agong itu mestilah seorang raja yang dipilih daripadakalangan raja-raja Melayu yang beragama Islam).
Sejak merdeka,BN telah memperuntukkan jawatan-jawatan penting dalam jemaah menterihanya dipegang oleh menteri yang beragama Islam. Kenyataan ini menepatipendapat ulama berikut :
b) Menurut Syeikh Muhammad Abu AbuZuhrah, Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasapemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada ditangan umat Islam. (Rujukan: Abu Zahrah. Syeikh, 164, hal. 377)
Sekiranyadilihat (Pemerintahan ketenteraan di negara ini adalah di bawahpentadbiran orang Islam kerana jawatan tertinggi seperti MenteriPertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dilantik dari kalangan orangIslam. Angkatan tentera yang ditubuhkan ini mampu mempertahankan negaradan agama daripada pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negara).
Ramaiulama bersependapat sekurang-kurangnya negara Islam mestilahberketuakan orang Islam iaitu Wizaratul Tafwik (pembuat dasar) mestilahIslam seperti Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. WizaratulTanfiz (Pelaksana dasar) seperti anggota jabatan kerajaan yangmelaksana dasar tidak semestinya Islam.
c) Dr Mohammad SaidRamadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisinegara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyahbukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagainegara Islam.
(Oleh itu, jika ada yang menganggap hukum hududtidak dilaksanakan di negara, hal ini tidak menggugurkan statusMalaysia sebagai sebuah negara Islam).
Di dalam al-Quranmenyatakan apabila dua puak berbalah, hendaklah dicari kata sepakat dansekiranya kata sepakat telah dicapai hendaklah dipatuhi. Maka sekiranyaada mana-mana pihak tidak patuh, maka hendaklah diperangi.
DiMalaysia, Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) diiktiraf sebagaikata penentu atau kesepakatan. Maka, Muzakarah Jawatankuasa FatwaKebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawaMalaysia Adalah Sebuah Negara Islam.
Oleh itu, sesiapa yangmenyanggah keputusan Jawatankuasa itu adalah melakukan satu kesalahandan boleh didakwa di mahkamah syariah.
PERLAKSANAAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM� Dasar Penerapan nilai-nilai Islam.� Sultan sebagai ketua Agama.� Dasar Bersih, Cekap, Amanah.� Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pengurusan kewangan yang cekap.� Negara Islam contoh.� Kad perakam waktu (Punch Card).� Azan dan Syiar Islam yang lain.� Jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia.
Antaranyaialah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama IslamNegeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Mufti,Baitul Mal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tabung Haji, Perbankan Islamdan Jabatan Pendidikan Islam.
Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara IslamDuluPas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yangpemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengankonsep negara Islam.
Bagaimanapun, Pas kini menjalinkankerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarangtindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam diMalaysia.
Malahan demi kepentingan politik dan mendapatsokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataannegara Islam dari manifestonya.
Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka.
Keadaanini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BNcontohnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telahmengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam MesyuaratAgung Parti Gerakan.
Mursyidul Am Pas, Dato Nik Aziz Nik Matpernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang olehorang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP bolehmemegang jawatan tersebut.
Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.
SelepasDr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pasterpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pasyang sebelum itu tidak pernah wujud.
Jika diperhalusi secaramendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Passebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam PerlembagaanPersekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.
ISU ISU YG SERING DIUTARAKAN OLEH PENGIKUT PAS
Isu Hudud
Pasmenuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangansekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Passeperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekalimengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orangbukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistemkehakiman Malaysia).
Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadihakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysiaatau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).
Pasmenuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakaisyarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakanhakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.
Pasmenuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudahberkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalahhukum Allah.
Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerimadan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripadahudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :
a.Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukumhudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangandengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukanIslam.
b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukupumur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).
c.Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan keranahukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan didalam enakmen tersebut.
Penjelasan :a. KerajaanPersekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Tazir,qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud sepertihukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah).Contohnya, orangberzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Tazir, cuma tidakdisebat 100 kali. Ini merujuk kepada istitoah (keupayaan) untukmelaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).
b.Sabda Rasulullah saw: dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan keatas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuankamu.
Isu Sumber Haram Dalam NegaraPas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.
Penjelasana. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam.
Pengeluaranlesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi danpembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini.Lesen arak adalah sebagai ikatan antara mereka dengan pihak kerajaan.
b.Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutipcukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagaicukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.
c.Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidakmenjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah iniberasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadinajis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.
d. Cukai judidan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan NabiMuhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan NabiMuhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.
e. Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.
Persoalannya,jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segalasumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapaKerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?
f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.
TetapiKerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yangmelanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negaratetapi ianya diturunkan ke atas individu.
KEDUDUKAN BUKAN ISLAM DI NEGARA ISLAM
Ahli Zimmah
a. Mempunyai hak-hak untuk beragama, mendapat pekerjaan, mendapat pendidikan, pembelaan perubatan dan perlindungan.
b. Wajib untuk taat setia kepada kerajaan, patuh pada peraturan, menghormati syiar Islam dan membayar cukai.
Al Mustaman
a.Wajib menghormati syiar Islam, tunduk dan patuh kepada peraturan, tidakcampur tangan masalah politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya dinegara tersebut terutama yang bercanggah dengan undang-undang Islam.
KesimpulanBerdasarkansejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab,definisi para ulama, kandungan perlembagaan (Islam agama Persekutuan),sistem pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri danMenteri-menteri kanan beragama Islam), sistem perundangan negara danperakuan tidak langsung dalam Dokumen Negara Islam PAS, jelaslahMalaysia adalah negara Islam.
Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia.
Selainmasjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapatmenunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti danpusat latihan kemahiran.
Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain.Sebab itu, seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam.
Nota :Berikut hujah Pas dalam mempertikaikan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam:
Pengisytiharannegara Islam oleh Perdana Menteri membuktikan bahawa kedudukan Islamakan kekal di bawah perlembagaan, bukan lebih tinggi daripadaperlembagaan.
Dalam perkara 4 Ceraian (1) dengan jelasmenyebutkan bahawa: Perlembagaan ini adalah undang-undang utamaPersekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatalsetakat yang berlawanan itu.
Jawapan :Pas juga telah mengiktiraf Perlembagaan yang ada ini. Sila lihat undang-undang tubuh Pas fasal (11).
Al-Quran dan Hadis boleh diatasi oleh undang-undang dan peraturanmanusia. Jika sesuatu perkara timbul dan ianya bercanggah denganundang-undang dan peraturan yang sedia ada, maka al-Quran dan Hadisakan tertolak.
Jawapan :Al-Quran dan al-Hadis adalahkalam Allah yang tinggi dan mulia bukan untuk dipamer dalam mana-manaperaturan hidup manusia dan setiap mukmin hendaklah menjadikan al-Qurandan Hadis sebagai rujukan hidupnya, sama ada ditulis atau tidak.
Al-Quran dan Hadis tetap dengan kedudukan tertinggi itu sebagai pegangan dantidak boleh menjadi perlembagaan atau disamakan tarafnya.
UMNO berpendirian bahawa negara ini telah Islam sejak Kerajaan Melaka kerana jika sesebuah negara itu pernah diperintah oleh kerajaan Islam makacukup untuk mengiktirafnya sebagai negara Islam.

No comments:

Post a Comment