Pages

Saturday 1 January 2011

MUNAJAT ORANG-ORANG YANG BERCINTA

By Syahida Farah Ishak

Friday, 13 August 2010 at 20:31

Di antara munajat yg dipanjatkan Rasulullah S.A.W kepada Tuhannya ialah:

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu cintaMu, cinta orang yang mencintaiMu, & amalan yg mendekatkanku kepada cinta-Mu."

"Dan aku meminta kepadaMu lazatnya memandang kepada wajahMu, dan rindu bertemu Engkau."

Rabi'ah pernah bermunajat kepada Tuhannya dengan Mengucapkan:

"Jika aku menyembahMu kerana takut api-Mu, maka bakarlah aku dengan api jahannam, dan jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, maka haramkanlah aku memasukinya. Adapun jika aku beribadah kepadaMu kerana Cinta kepadaMu, maka janganlah Engkau haramkan aku untuk menyaksikan wajahMu.

Wahai Tuhan ku, jadikanlah neraka itu untuk musuh2 Mu & syurga utk para kekasihMu, sedangkan aku, cukuplah Engkau."

Dalam Kesempatan lain ia bermunajat: "Kekasihku, tiada kekasih yang setanding denganNya. Bagi selain Dia, Tak ada bahagian dalam hatiku Kekasihku ghaib dari penglihatan dan inderaku, tetapi dalam hatiku ia tidak pernah ghaib."

Dan Katanya lagi: "Wahai kegembiraanku, Wahai cita2 ku, wahai tiang penyanggaku Wahai penghiburku Wahai persiapanku Wahai yg menjadi tujuanku Engkaulah roh hatiku Engkaulah harapanku Engkaulah penghiburku Rindu kepada-Mu adalah bekalku. Jika engkau meredhai aku Wahai harapan hatiku ,Telah nyata kebahagiaanku."

Dan diantara munajat Ibnu Athaaillah ialah: "Illahi, Jika kelihatan kebaikan dariku, maka semua itu kerana kurniaMu yg Engkau berikan kepadaku. Dan jika kelihatan keburukan dariku, maka dengan keadilanmu engkau dapat berhujah kepadaku Illahi, Alangkah dekatnya Engkau kepadaku dan alangkah jauhnya aku dariMu Illahi, Butalah mata yg tidak melihatMu sebagai pengawas, rugilah akad jual beli yg tidak menjadikn cintaMu sebagai bahagian darinya, Bagaimana Engkau tersembunyi, sedang Engkau yang zahir?

Bagaimana Engkau Ghaib, sedang Engkau selalu mengawasi dan selalu hadir?

Engkaulah yang memancarkan cahaya ke dalam hati para kekasihMu ,

Engkaulah yang menghilangkan kecemburuan dari hati2 yang Engkau cintai ,

Engkaulah yang menenangkan & menghiburkan mereka ketika alam semesta menakuti mereka ,

Engkaulah yang menunjukkan mereka ketika mereka memerlukan jalan terang Illahi,

harapanku padaMu tidak pernah putus meskipun aku bermaksiat kepadaMu sebagaimana takutku tak pernah hilang Walaupun aku melaksanakan ketaatan kepadaMu.



Subhanallah.. indah sungguh puisi ini, pnuh dgn pngajaran & pedoman kita bersama. Moga
Nikmat Iman & islam terus subur& mekar dlm diri kita smua. Selamat menjalani Ibadah di bulan yg mulia ini..
Selamat Beramal.. Moga Redha Allah sentiasda mengiringi hidup kita semua. Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..

*Dipetik dari buku; Nilai Cinta Menurut Al-Quran oleh Dr Mahmud bin Asy-Syarif.

No comments:

Post a Comment