Pages

Wednesday 12 January 2011

Pengertian DOA

Pengertian DOA

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Saturday, 21 August 2010 at 17:53
 
 
Perkataan doa diambil dari Bahasa Arab yang merupakan 'nama terbitan' (masdar) dari kata kerja (perbuatan)'Da'aa, yang secara etimologinya (bahasa) bererti 'seruan', panggilan, ajakan atau permintaan. Jika ditinjau dari segi terminologi (pengertian syara'), doa adalah 'memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antara firmanNya yang bermaksud: " Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." - Ghafir: ayat 60

KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA:
Doa merupakan tali penyambung yangkukuh antara hamba dan RabNya.
Doa merupakan satu bentuk ibadahkepada Allah
Doa merupakan satu bentuk zikirkepada Allah SWT.
Doa merupakan senjata yang ampuh bagisetiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.

DOA DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM:
Bagi umat Islam, Allah telahmendidik mereka supaya bersegera memohon pertolongan dan bantuan daripadanyadalam apa jua keadaan dan masalah yang mereka hadapi. Samada doa itu berbentukpermohonan agar diperkenankan sesuatu permintaan, samada untuk perkara yangtelah berlau, sedang dan akan mendatang atau doa itu berbentuk permohonan agardilepaskan dari sesuatu mara bahaya atau masalah yang sedang mereka hadapi atauyang akan mereka hadapi di masa akan datang.

PERANAN DOA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM:
Sudah menjadi fitrah manusia bahawadia hidup dalam keadaan sering mengharapkan perlindungan dan pertolongan Yang Maha Kuasa, apalagi kedudukannya sebagai makhluk di hadapan Khaliqnya(PenciptaNya). Kerana tabiat manusia itu adalah lemah dan tidak berdaya darisemua aspek. Kelemahan dan ketidakupayaan ini boleh diatasi jika manusia mendekat dan menyandarkan dirinya serta berlindung kepada Yang Maha Kuasa,kerana hakikat kekuatan itu secara lahir dan batinnya bersumber daripada Allah Azza Wa Jalla. Oleh yang demikian, manusia tidak boleh terpisah dari Tuhannya,maka manusia perlu mendekatkan diri kepadaNya dengan menyembah dan mengingatiNya di setiap waktu dan tempat. Sedangkan wasilah (cara) untuk mendekatkan diri tersebut adalah melalui perantaraan 'doa', sebab dengan berdoa membuktikan penghambaan kepada Allah SWT. Orang yang selalu berdoa bererti dia mengetahui hakikat dirinya dan hakikat Penciptanya yang mesti disembah dan ditaati, seperti ungkapan seorang ulama' salaf:
" Siapa mengenal dirinya pasti dia mengenal Tuhannya."

والله اعلم




No comments:

Post a Comment