Pages

Wednesday 12 January 2011

SYAWAL DI AKHIR ZAMAN


by Ahmad Afiq الكلنتني on Thursday, 09 September 2010 at 23:13
Bila Tibanya satu syawal..
Hati kami mula merintih sayu..
Hati kami Menangis dan penuh kehibaan..
Merasakan Kami tak layak merayakan Aidul Fitri kerana Ianya adalah bagi mereka yang bertaqwa..

Kami Sedih dan Pilu..
Bukan kerana tak dapat berjumpa dengan keluarga dan saudara mara kami..
Tetapi Kami merasakan kami telah mensia-siakan Ramadan yang berlalu amat pantas..
Bertemukan Kami pada Ramadan yang seterusnya akan datang?

Syawal kami disambut meriah..
sebelum tibanya syawal ramadan kami Abaikan bila menjelangnya syawal..
Kami sibuk dengan persiapan rumah dan keluarga kami..
Kami tak merebut malam terakhir ramadan dengan berterawih lagi..

Bila menjelangnya syawal..
Kami sibuk merayakan syawal dengan gembira..
Puasa kami entah cukup entah tidak..
Antara Kami ada yang sibuk beraya mengalahkan orang yang berpuasa penuh..

Kami sedih dan penuh Hiba..
Kerana syawal datang adakah kami mampu lagi seistiqomah dalam ramadan..
Bila tibanya syawal ramai yang membuat dosa..
Itulah realitinya kini di syawal akhir zaman..

Kami sebak dan sayu..
Merasakan diri tak layak berhari raya..
Kerana Aidul Fitri itu untuk mereka yang bertaqwa sahaja..
Wajarkah Antara Kami melebih-lebih dan boros serta membazir sana sini menukar semuanya yang baru?

Bila syawal mahu menjelang..
Mengapa ada antara kami bersengketa suami Isteri dan campur tangan anak-anak?
Bergaduh berebut beraya di rumah keluarga masing-masing?
Seharusnya tidak timbul demikian ini dan masing-masing perlu bertimbang rasa..

Syawal Tiba..
Di Kaca televisen pula seharusnya mendidik masyarakat dengan tauladan yang baik..
Bukannya Menanyangkan drama bersengketa yang dijadikan komedi di hari raya ini..
Contoh tauladan yang baik seharusnya diberikan bukannya menambah sengketa...
Syawal tiba..
Mengapa kami Merasakan sudah Merdeka?
Merdeka Dari dahaga dan Lapar sahajakah?
Atau Apa yang kita merasakan sudah lepas segala yang kita tanggung itu?

Syawal tiba sepatutnya kami sedar..
Bahawa Hari kemenangan ini hanya untuk mereka yang berjaya menempuh ujian selama sebulan..
Tapi ramai yang leka dan tidak rasa bersalah..
Melebih-lebih dalam segala-galanya di syawal ini..

Syawal kami ini memang disambut meriah..
Tetapi ramadan lalu mengapa tidak semeriah begini..
Kini Ramai yang Gelisah bila Tibanya ramadan dan Bergembira bila tibanya syawal..
Tetapi mengapa sudah tidak ramai yang bergembira menyambut ramadan dan gelisah bila hampir tibanya syawal?

Ramadan adalah bulan kita..
Bulan umat Nabi Muhammad s.a.w..
Mengapakah kita umatnya tidak memburu sinar ramadan itu?
Kita lebih rela memburu syawal dari ramadan yang berlalu ini..

Syawal kami rezeki melimpah ruah pemberian mu Ya Allah..
Hari Mengagih-agihkan nikmat Mu Ya Allah..
Adakah Hanya menjadi Tradisi bila ramadan dan syawal kami baru merayakan bersama mereka yang Dhoif?
Mengapa Di bulan-bulan lain mereka meminta bantuan kita melengah-lengahkan pemberian? Ikhlaskah kita?

Sebenarnya Mengapa kita merasa sangat gembira di syawal ini?
Seharusnya kita bersyukur dan memuji Allah yang Maha Esa..
Sebenarnya Di dunia Tiada Hari raya Hari Merdeka..
Adanya Hari Raya dan Merdeka adalah di syurga Allah nanti...

Syawal yang datang ini..
Marilah kita Muhasabah diri kita selalu..
Dengan Bermaafan dan memafkan kesalahan orang lain..
Kerana kita semua ini belum tentu Allah Memafkan jika kita tidak memaafkan orang lain..
Syawal yang Tiba ini..
Mari sama-sama muhasabah diri dengan Menziarahi mereka yang telah pergi..
Semoga Ianya Menginsafi diri kita sentiasa dan menjadi persoalan juga kepada kita pula..
"Bilakah Aku pula Akan Menyusul seperti Dia?'

Syawal Yang mulia..
Hari ini gunakanlah dengan merapatkan siraturahim yang selama ini goyah dan longgar tidak berpaku..
Kuatkan ikatan muslimin muslimat dengan siraturahim agar perpaduan dan keimanan meningkat..
Jadikanlah Syawal Kita di Akhir Zaman ini Sama Seperti Syawal zaman Rasulullah,Para sahabat,Tabi'en dan salafus soleh..

Ramadan pergi syawal tiba..
Bila beraya di syawal jangan lupa pula kita berpuasa Enam..
Kerana Fadilat syawal juga ada untuk kita rebutkan bersama-sama..
Jangan sia-siakan lagi seperti Antara kita siakan Ramadan yang lalu..

Ramadan dan Syawal di Akhir zaman..
Rayakanlah syawal Mengikut Sunnah Nabi bukannya Adat Tradisi semata-mata..
Ingatlah kita bersama bahawa syawal janganlah melakukan dosa dan Tambahkanlah Pahala kita..
InsyaAllah Ramhat Allah dan Redho Allah Akan sentiasa melindungi kita Ummat Akhir Zaman ini..
Mari sama-sama kita beraya mengikut Sunnah...
Kuatkan lagi Ukhwah kita dengan kunjung mengunjung saudara-mara sahabat handai..
Mari kita Laungkan Takbir Dengan bersemangat bukannya sayu lesu..
Bertasbih dan bertadmid sentiasa..
Meraikan syawal dengan solat Aidul Fitri Bersama dan mendengar Khutbah pembangun jiwa rohani kita bersama..

Marilah sama-sama Raikan syawal Bersama Islam..
Bukannya Meraikan syawal mengikut Adat Tradisi semata..
Syawal Di Akhir Zaman..
Semoga kita selamat di Dunia dan Akhirat..
"Raya Hanya Di Sana"...



No comments:

Post a Comment