Pages

Saturday 1 January 2011

Melayu Saja Buat - Buat "Tak Tau"

By Kedah La Ni

Thursday, 15 July 2010 at 17:52

Kritikan Za’ba merentasi sikap Melayu dalam bidang ekonomi. Melayu yang selalu mengharapkan insentif berupa subsidi, kuota dikritiknya dengan harapan agar bangsa itu sedar akan kelemahan diri sendiri.

Za’ba secara jelas menolak sikap umat Islam Melayu yang mengharapkan sedekah tahlil dan doa arwah untuk masuk syurga.

Sebaliknya, menurut pengarang, Allah dan Rasul secara jelas menyebutkan bahawa nasib seseorang hamba itu bergantung kepada apa yang diusahakannya, baik hal di dunia mahupun di akhirat.

Pada ketika hari ini, kurang penulis yang mahu dan berani mengulas nasib dan sikap bangsanya secara kritis. Antara idea yang sering Za'ba bicarakan di dalam setiap tulisan beliau dari tahun 1916 hingga 1923 ialah menyentuh empat aspek masalah orang Melayu pada zaman itu.

Masalah berkenaan berkisar pada isu aitu pendidikan, agama, ekonomi dan politik.

Za'ba yang hidup sebelum merdeka, sering menggunakan kekuatan soalan untuk mengkritik penjajah dan kadang-kala masyarakat Melayu sendiri.

Niat utama beliau hanyalah untuk melihat bangsanya ini maju, kerana beliau yakin orang Melayu juga mempunyai keupayaan akal yang sama dengan bangsa lain di dunia ini. Seperti yang ditulisnya,

"Saya tidak percaya kedudukan kaum Islam seluruh dunia boleh menjadi betul jika mereka memberatkan pelajaran sepihak dunia sahaja atau sepihak agama sahaja seperti yang sudah-sudah dengan tidak disatukan antara kedua pihak itu bersama sekali dengan seberapa dalamnya yang boleh pada keduanya".

Za’ba : “Orang-orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah kaum yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifat yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebenar-benar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pula pada wang ringgit dan harta benda, miskin hemah dan cita- cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan mulia-jadilah mereka tak dapat tiada bersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa- bangsa ”.

Menurut Za’ba lagi orang Melayu mestilah “ Bekerja sama-sama..jika mereka berhajat hendak mengangkat diri mereka ke tempat yang tinggi daripada kerendahannya dan kenyataanya (kebangsatannya) yang menyelubungi mereka sekarang ini ”

Sekian..

No comments:

Post a Comment