Pages

Saturday 1 January 2011

Santai- Resepi bujang: MASHED POTATO

By Sunnah Pejuang Sunday, 21 November 2010 at 11:05

Assalamu'alaikum sahabat2...apa khabar?..

kali ni, ana switch skit mode post dari kebiasaan. Ana nak kongsikan resepi mashed potato bagi penggemar kentang lenyek ataupun pada sesiapa sahaja yang berminat nak mencuba. Don't worry, rasanya taklah seteruk mana. Cuma lebih lazat dari hidangan KFC...=) (perghh...puji diri sendiri!!).

Daripada duduk berkurun2 depan fb, jom treat family kita dengan sesuatu yang mudah..selamat mencuba! >_0

BAHAN-BAHAN (Hidangan untuk 5-6 orang)

5 biji ubi kentang
165 mL air
20g tepung gandum
40g majerin
1 btg sayur celery(dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 kotak kecil Fresh milk
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
beberapa titik kicap pekat
1 Kiub ikan bilis/ ayam (mana2 pun ok)
garam
lada hitam

CARA-CARANYA:

A) KENTANG LENYEK

1. Kopek kulit kentang, belah 8 (ikut suka), rebus dalam air hingga empuk.

2. Lenyek kentang selumat yang mungkin hingga jadi macam rupa mashed potato. Taburkan sedikit garam secukupnya, dan sedikit fresh milk.

B) KUAH

1.Rebus sayur celery, bawang besar, dan kiub ayam/ikan bilis. Reneh hingga kira-kira 10 minit.

2.Tapis, dan biarkan bawang dan celery yang telah direneh didalam periuk tadi. (jangan buang air rebusan). Masukkan majerin, dan cairkannya.Kacau atas api.

3. Masukkan tepung gandum.

4. Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit.
5. Masukkan sos tomato,sos tiram dan sedikit lada hitam. Kalau rasa kurang masin, tambah sedikit garam.

6. Titiskan beberapa titik kicap pekat hingga sama warna dengan kuah mashed potato yang biasa dilihat.

7. Kacau dan masak hingga tahap likat yang antum suka.

8. Tuang ke atas kentang yang telah dilenyek pada awal2 resepi tadi.

p/s: Ana tau, ramai chef2 kt fb ni. Jadinya, ana sedia utk 'dihentam'. Selamat mencuba, dan mudah2an, dah 'ngap' nnt, tolong komen...kot2 la tetiba mashed potato antum rasa strawberry ke, blueberry ke....=)

No comments:

Post a Comment